Gambar Wanita Melayu Pada Abad ke 19 Yang Tidak Digemari Oleh Pejuang Anti Hijab

Setelah panjang lebar kami menjawab hujah golongan anti Hijab ini di posting yang lepas, saya agak terganggu dengan satu hujah basi yang juga digunakan oleh Maryam Lee di dalam bukunya Unveiling Choice yang mana golongan ini sering mengaitkan situasi masyarakat melayu dahulu dengan imej seakan dahulu orang melayu mengamalkan Islam dengan tidak tahu menahu tentang syariat tudung atau hijab. Seolah-olah pemakaian tudung itu tidak datang bersama-sama dengan ajaran Islam semasa tibanya Islam di tanah melayu.

Apa yang sering mereka gambarkan adalah pemakaian tudung ini merupakan unsur arabisasi yang bukan dari ajaran Islam yang dibawa oleh gerakan Islam pada zaman 80-an. Walhal, sebelum zaman itu sudah ramai wanita melayu yang telah mengenakan hijab dan mereka telah menutup aurat secara sempurna.

Apa yang sering golongan anti hijab ini tonjolkan adalah sering memaparkan gambar-gambar lama yang seakan masyarakat melayu dahulu nihil tentang perkara ini. Jika mahu menggunakan hujah demikian, tidak perlu untuk dicungkil gambar-gambar lama kerana realiti pada hari ini pun masih ramai lagi wanita muslimah yang tidak mengenakan tudung. Apa yang membezakan adalah kesedaran untuk memperkasakan syariat itu supaya umat Islam dapat mengamalkan Islam secara menyeluruh.

Jika logik ini ingin digunakan, mengapa dalam soal pendidikan kepada wanita pada suatu ketika dahulu tidak pula mahu mengikut norma masyarakat melayu dahulu? Yang mana ada diskriminasi menganggap wanita tidak perlu belajar. Jika soal tudung itu beria ingin mempertahankan situasi zaman itu mengapa dalam soal pendidikan yang tidak membenarkan wanita belajar ini tidak dipertahankan pula? Sehingga wujud tokoh seperti Syed Syeikh al Hadi dalam memperjuangkan isu ini.

Di sini saya sertakan gambar-gambar wanita melayu muslimat pada abad ke 19 sudah mengenakan hijab dan menutup aurat secara sempurna.

This post is available in: msMelayu

Posts Carousel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *

Cancel reply

Latest Posts

Top Authors

Most Commented

Featured Videos

This post is available in: msMelayu