• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Jumaat, April 23, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Isu Semasa

AGAMA DAN KEAJAIBAN: Beragama Dengan Akal Yang Sihat

by R&D MRM
Oktober 30, 2020
in Isu Semasa
0
AGAMA DAN KEAJAIBAN: Beragama Dengan Akal Yang Sihat
77
SHARES
329
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kalangan Muslim dan juga non Muslim, pasti ada sebilangan yang memiliki sikap yang ‘inginkan sesuatu yang melibatkan perkara ajaib dan mistik’ serta mahu disandarkan kepada agama.

Ini kerana dengan cara sebegitu ia seakan menampakkan ‘fungsi’ dan ‘kebenaran’ sesebuah agama. Perkara mistik dan keajaiban telah menjual diri manusia dengan harga yang murah dalam menentu kebenaran. Sebab dengan perkara itulah mereka beranggapan ia dapat menarik perhatian manusia kini yang tidak mahu berfikir apabila beragama.

Perangai yang mahukan ‘kebenaran’ di lihat sebagai sesuatu mistik adalah perangai yang sama ada pada bani Israel yang berjanji untuk beriman sekiranya nabi dan rasul mereka boleh meminta dari Tuhannya supaya menurunkan makanan dari langit dan pelbagai permintaan yang lain.

Pada hari ini situasi dan sikap sebegitu seakan tidak dapat dihakis di dalam diri manusia. Agama itu dimahukan dengan wajah yang mistik dan memiliki keajaiban. Sehinggalah pada hari ini ramai penganut agama-agama mula berlumba-lumba untuk menonjolkan kebenaran agama mereka dengan mengetengahkan peristiwa ajaib yang berlaku.

Penganut Kristian, Hindu, Buddha, Shinto, dan tidak terlepas juga muslim turut mempromosikan gaya beragama dengan perkara ajaib dan mistik. Sekiranya umat Islam berasa ‘hebat’ dengan masjid tidak runtuh ketika Tsunami maka penganut Shinto dan Kristian juga merasa tidak kurang hebatnya dengan patung dan pintu gerbang mereka tidak runtuh ketika berlaku bencana.

Ketika umat Islam merasa takjub dan beriman benarnya agama Islam dengan terwujudnya kalimah Allah dan nabi Muhammad di langit maka penganut Kristian, Hindu, Buddha juga tidak terlepas di mana beriman dengan simbol agamanya di awan.

Ketika umat Islam merasa kagum dengan kitab al Quran tidak terbakar di dalam kejadian kebakaran, umat Kristian juga merasa perkara yang sama apabila Bible tidak terbakar malah terbakar dalam bentuk ‘Love’ seperti mana slogan gereja mereka.

Umat Islam sering kali menyandarkan ‘penguat keimanan’ mereka kepada perkara ajaib. Sehingga berlaku di Filipina apabila patung Jesus tidak runtuh dilanda taufan Hayyan menyebabkan aqidah umat Islam di sana seakan goyah dan mahu mempercayai bahawa Kristian adalah agama yang benar. Ini suatu fenomena yang tidak sihat dalam beragama!

Apakah sebenarnya yang manusia mahukan dengan agama?.Kebenaran bertuhan atau keajaiban?

Islam tidak menafikan perkara ajaib dan mistik itu berlaku malah di dalam Islam terdapat kepercayaan kepada berlakunya sesuatu perkara yang luar dari tabiat manusia yang dikenali sebagai mukjizat para nabi dan rasul.

Nabi Muhammad sebagai insan yang termulia mengajarkan sifat tabiin sebagai seorang manusia. Disamping Allah memberi kepadanya mukjizat Hissi sebagai tanda kerasulannya, Allah juga memberikan kepadanya mukjizat maknawi yang mana merupakan mukjizat yang paling besar yang akan berkekalan sehingga kiamat. Iaitu al Quran.

Kitab suci yang dimulakan dengan wahyu ‘iqra’ iaitu baca. Islam sangat menggalakkan nilai intelektual dan kemajuan sebagai seorang insani. Keimanan para sahabat, tabien dan generasi seterusnya kukuh dan teguh dengan syariat ini apabila mereka menerima kitab ini. Mereka tidak memerlukan perkara-perkara mistik yang menjadi wakil agama untuk berwalikan kebenaran.

Perkara yang menjadi penentu kepada kebenaran agama adalah kitab Suci. Kitab suci merupakan asas kepada kebenaran. Semua agama mendakwa memiliki kalam dari Tuhan akan tetapi persoalannya benarkah semuanya itu kalam Tuhan yang sebenar atau ia adalah kalam yang telah diseleweng? Apakah metod untuk menguji kebenaran kitab suci?

Di sinilah memerlukan daya intelektual sebagai seorang manusia. Fitrah manusia inginkan kebergantungan kepada sesuatu yang kukuh. Tidak mungkin diri mereka yang lemas ingin berpaut kepada dahan yang rapuh. Makanya itu pentingnya dialog dan menyampaikan kebenaran.

Kebenaran itu teruji dengan daya pemikiran dan intelektual manusia. Agama itu haruslah bersifat untuk mencerdikkan manusia, sekiranya tidak ia bercanggah dengan fitrah manusia. Oleh kerana umat Islam yakin dengan kebenaran agama dengan kalam Tuhan dan ajaran nabinya maka umat Islam adalah penganut yang terkedepan di dalam pentas ‘menyampaikan’ kebenaran melalui metod ilmiah.

Sebab itulah tidak hairan apabila Islam dapat melahirkan ramai pemikir dan saintis terawal kerana mereka merai tuntutan ini. Kreatif dan inovatif mereka disalurkan kepada perkara-perkara bersifat duniawi yang dapat membina tamadun.

Akan tetapi sekiranya sifat kreatif dan inovatif itu disalurkan kepada aqidah dan ibadah ia akan merosakkan sistem beragama. Ia dikenali bid’ah dalam beragama dan perkara ini ditentang oleh Islam. Bagaimana rosaknya agama-agama terdahulu yang dibawa oleh para rasul yang diubah oleh orang terkemudian.

Sekiranya penambahan dan sifat kreatif itu disalur kepada aqidah ia akan menambah sesuatu perkara yang tidak masuk akal samada khayalan dan dakwaan mistik di dalam ajaran mereka.

Perkara inilah antara penyumbang kepada sikap mahukan keajaiban di dalam kelompok muslim. Oleh itu, di era ini ia merupakan era intelektual beragama. Semoga semangat al Quran yang menyeru kepada kebenaran ini sentiasa mekar di dalam diri muslim:

“Tunjukkan bukti (hujah) kalian sekiranya kalian daripada golongan yang benar” (Surah al Baqarah: 111)

“Hai ahli Kitab, Marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara Kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah”. jika mereka berpaling Maka Katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa Kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. (Surah Ali-Imran: 64)

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan Katakanlah: “Kami Telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami Hanya kepada-Nya berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46)

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Surah an-Nahl: 125)

Admin R&D Multiracial Reverted Muslims (MRM

R&D MRM

R&D MRM

Next Post
Samaritan: Pecahan Yahudi Yang Menunggu “Nabi Muhammad”

Samaritan: Pecahan Yahudi Yang Menunggu “Nabi Muhammad”

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Antara Berhala & Lalat

Antara Berhala & Lalat

3 tahun ago
Tarian Pemujaan: Antara Afrika & Melayu

Tarian Pemujaan: Antara Afrika & Melayu

3 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    508 shares
    Share 246 Tweet 109
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    175 shares
    Share 70 Tweet 44
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1341 shares
    Share 572 Tweet 320

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz