• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Jumaat, April 23, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Soal Jawab Salah Faham

Ustaz, Paderi, Pandit, Sami Halau Jin: Jin Takut Siapa?

by MRM R&D Team
November 11, 2020
in Salah Faham, Soal Jawab
0
Ustaz, Paderi, Pandit, Sami Halau Jin: Jin Takut Siapa?
62
SHARES
312
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Jika dilihat dalam mana-mana agama pasti akan ada kepercayaan kepada makhluk halus seperti syaitan, jin, hantu dan berbagai nama yang diberikan. Entiti jahat ini sering kali dianggap sebagai pihak kegelapan yang sering menganggu manusia dan juga menjadi musuh kepada kebaikan.

Demikian itu, terdapat juga situasi yang mana berlaku kepada manusia tidak mengira apa latar agamanya iaitu kerasukkan atau disebut juga sebagai ‘masuk hantu’. Apabila seseorang itu dirasuk maka akan ada imej orang agama tidak kira apa latarnya samada tok batin, paderi, pandit, sami, ustaz dan sebagainya yang bertindak sebagai pemulih kepada keadaan tersebut. Setelah dijampi dan diubati pesakit tersebut maka sembuhlah ia dari rasukkan itu.

Setiap orang agama akan memiliki cara yang tersendiri dalam menghalau makhluk halus yang merasuk. Jika paderi dalam Kristian, mereka akan menggunakan salib, membaca Bible sambil menyebut nama ‘Jesus’, sami Buddha akan menggunakan jampi di dalam bahasa Pali, ustaz pula akan membaca potongan ayat al Quran manakala pandit Hindu pula akan membaca jampi serapahnya di dalam bahasanya tersendiri. Kesemuanya dilihat berkesan dan setelah itu kebanyakkan kes dapat dipulihkan dengan cara mereka tersendiri.

Maka timbul persoalan, sebenarnya makhluk halus itu takut kepada apa sebenarnya? Adakah dengan ayat al Quran atau salib atau jampi serapah?

Ini kerana masing-masing agama akan mendakwa mereka di pihak yang benar dan kuasa jahat takut kepada ‘ayat suci’ kitabnya. Malah ada yang mengasak bahawa bukan dalam Islam sahaja yang memiliki ruqyah dan boleh menghalau jin ketika merasuk tetapi agama lain juga memiliki perkara yang sama. Maka ini menunjukkan bahawa ruqyah dengan al Quran bukanlah petanda jin itu takut kepada ayat-ayat Allah. Dan ini menunjukkan bahawa agama Islam bukanlah agama yang benar.

Adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya perkara ini menjadi ukuran sebagai tanda aras kepada kebenaran sesebuah agama atau tidak.

Menurut penelitian dalam masalah ini, hasil berbincang dengan pakar-pakar ruqyah dalam perubatan Islam. Sebenarnya seseorang itu boleh menghalau jin atau mahkluk halus dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia lebih kepada keyakinan seseorang itu apabila berdepan dengan pesakit yang sedang kerasukan. Seperti disebut oleh Mujahid dalam kitab Aaakam al Marjan:

“Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian sebagaimana kalian pun takut kepada mereka.” Dan diriwayatkan juga daripada Mujahid, beliau berkata, “Syaitan itu lebih takut daripada salah seorang di antara kalian. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian, maka janganlah kalian takut sehingga akan menguasai kalian. Akan tetapi bersikap beranilah kalian kepadanya, nescaya ia akan pergi.”

Kalau dilihat kepada orang Melayu Kelantan dahulu apabila mereka ingin merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan, mereka akan menggunakan kaedah Main Teri dan Makyung iaitu sejenis tarian yang disertakan dengan alat muzik. Di Terengganu dan Tanah Jawa juga memiliki ritual yang sama seperti Ulek Mayang dan juga Kuda Kepang. Setelah dari ritual itu, pesakit yang ‘naik angin’ itu biasanya akan sembuh dari sakitnya.

Selain itu, tidak kurang juga penggunaan bomoh dikalangan pawang-pawang untuk mengubati gangguan. Kadang-kala bomoh kaki temberang yang cuba mengubati pesakit rasukkan juga boleh sembuhkan sebab dia ada keberanian untuk berhadapan dengan pesakit yang dalam kerasukan.

Ia lebih kepada cara bagaimana seseorang itu mahu mempengaruhi atau mengugut jin supaya takut dan keluar dari badan pesakit. Ia tidak mengira apa latar agamanya atau apa jampi dan ugutan seseorang itu terhadap pesakit yang dirasuk. Sebab itu tidak hairan apabila pergi ke mana-mana pasti akan ada seseorang yang boleh merawat penyakit rasukan ini. Di Afrika, agama-agama setempat mereka seperti agama Candomble, Macumba, Umbanda, Santeria dan banyak lagi, mereka memiliki cara tersendiri dalam mengubati pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus.

Islam Memberi Panduan

Islam sebagai agama yang komprehensif dan lengkap turut memberi panduan untuk umat Islam menghadapi situasi ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang khusus menghindari makhluk halus. Terdapat satu hadis shahih yang panjang kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (Hadith Riwayat Bukhari no. 2187)

Di dalam hadis lain, Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.” (Riwayat Muslim no: 780)

Malah terdapat banyak lagi ayat-ayat lain yang berkaitan dengan menghindari makhluk halus. Malah di dalam konteks ruqyah, Islam juga membenarkan dengan syarat ia perlu menggunakan ayat-ayat al Quran dan juga tidak memiliki unsur syirik. Nabi Muhammad bersabda bermaksud:

“Dari ‘Auf bin Malik Al Asyja’i dia berkata: “Kami biasa melakukan ruqyah pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat kamu tentang ruqyah?” Jawab baginda: ‘Bacakan ruqyahmu itu ke padaku. Ruqyah itu tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.” (H.R. Muslim No. 4079)

Oleh itu, Islam mengajar cara-cara menghindari dari gangguan syaitan dan makhluk halus. Malah Islam juga membenarkan jampi ruqyah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Jelaslah dalam agama Islam, panduan kita sebagai muslim adalah pada alQuran dan Sunnah. Apabila kita mahu merawat pesakit hendaklah berpandukan seperti apa yang dilakukan nabi dan para sahabat dan Insha-Allah dengan mengikuti sumber itu kita dapat hindarkan dari jeratan iblis.

Ini kerana dikhuatiri jika kita melakukan kaedah yang tidak mengikuti sunnah, kaedah yang bertentangan Islam, dibimbangi kaedah itu akan ada unsur bantuan jin (perbomohan) yang ingin berdampingan seperti khadam. Samada kita sedari atau tanpa kita sedari.

Islam menyediakan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Islam memberi garis panduan bahawa tidak boleh ada unsur syirik dan juga perkara yang menyanggahi syariat. Malah keutamaannya adalah mengikuti anjuran nabi Muhammad SAW di dalam menghindari gangguan makhluk halus dengan membacakan ayat-ayat tertentu di dalam al Quran.

Islam tidak menghalalkan cara yang salah untuk mencapai matlamat yang sama walau dengan niat baik sekalipun, analoginya seseorang yang memiliki niat baik untuk menolong orang miskin tetapi dia merompak orang kaya lalu mengagihkan harta yang dirompak itu kepada orang miskin. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Islam mengharamkan jampi serapah yang memiliki elemen syirik. Islam telah mengajar cara-cara yang tertentu dalam menhadapi masalah ini maka dengan mengikuti wahyu adalah jalan yang paling selamat berbanding dengan penganut agama lain yang melakukan rawatan masalah ini dengan cara sangkaan mereka semata-mata. Menggunakan salib dan menyebut nama Jesus itu tidak pernah diajar oleh kitab suci mereka. Malah mereka melakukan rawatan itu hanya dengan cara mereka tersendiri tanpa ada bimbingan wahyu. Itulah perbezaan Islam dengan agama lain.

MRM R&D Team

MRM R&D Team

Next Post
Mari Mengenal Apa Itu Gong Xi Fa Cai

Mari Mengenal Apa Itu Gong Xi Fa Cai

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Kebenaran Diukur Dengan Keajaiban?

Kebenaran Diukur Dengan Keajaiban?

3 tahun ago
Kesalahan Hawa Penyebab Adam Diturunkan Dari Syurga: Antara al Quran & Bible

Kesalahan Hawa Penyebab Adam Diturunkan Dari Syurga: Antara al Quran & Bible

2 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    508 shares
    Share 246 Tweet 109
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    175 shares
    Share 70 Tweet 44
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1341 shares
    Share 572 Tweet 320

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz