Tarian Pemujaan: Antara Afrika & Melayu

Tarian Pemujaan: Antara Afrika & Melayu

Tarian Pemujaan: Antara Afrika & Melayu

Sebelum ini saya tidak pernah ambil peduli mengenai ritual ‘tarian pemujaan’ alam Melayu seperti Ulek Mayang, Kuda Kepang, Mak Yong, Main Puteri dan seumpamanya. Akan tetapi apabila saya cuba mengenal ritual sebahagian besar agama traditional Afrika, mereka juga memiliki ritual yang hampir sama.

Selain eleman muzik, tarian, jampi, nyanyian, unsur rasukan dan perubatan di dalam ritual itu juga memiliki persamaan. Sebagai contoh agama Candomble yang diamalkan oleh orang Afrika di Brazil juga memiliki ritual yang sinonim dengan muzik dan tarian, kerana itu adalah asas kepada agama mereka. Muzik merupakan elemen penting dalam setiap upacara. Muzik mereka itu juga berasal dari muzik Afrika.

Agama Candomble, Nyanyian & Rasukan

Dalam ritual Candomble, mereka akan menyeru roh Orisha (dewa) agar mendampingi mereka. Mereka juga akan menjalankan pelbagai korban haiwan untuk dipersembahkan kepada roh nenek moyang mereka dan menyeru roh untuk menyembuhkan mereka juga (sekira sakit).

Semasa upacara utama, ketua agama dan pendeta mereka akan berlakon menjadi sebagai Baba Egum. Ritual itu berlaku dalam bentuk tarian diiringi dengan lagu-lagu. Tarian itu untuk memanggil roh supaya memasuki tubuh mereka. Apabila penari telah dirasuk, mereka akan melakonkan adegan dari kehidupan masyarakat melalui tarian. Dalam masa itu mereka tidak sedarkan diri. Apabila roh Orisha keluar daripada badan mereka pada ketika itu mereka akan sedar kembali. Itu antara ritual yang selalu mereka lakukan. Kebiasaannya mereka akan memakai pakaian cantik-cantik sebelum melakukan apa-apa ritual sekalipun.

Agama Kumina, Nyanyian & Rasukan

Perkara yang sama juga dilakukan oleh golongan Afrika di Jamaica, mereka dikenali sebagai agama Kumina. Mereka menggunakan bahasa Kikongo (Bahasa Kongo) dalam ritual keagamaan Kumina samada menyanyi atau komunikasi dengan ‘roh nenek moyang’ mereka dan juga digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Dalam agama Kumina mereka memiliki pemimpin yang dipanggil sebagai King atau Kapten, manakala wanita pula disebut sebagai Queen atau Mother / Madda. King dan Queen adalah individu penting yang boleh mengawal roh-roh. Mereka juga menjadi rujukan kepada segala perkara yang melibatkan soal keagamaan samada ritual, pemakanan, prosedur upacara, tarian, irama, dan lagu-lagu yang harus dimainakan.

Tarian dan muzik merupakan alat penting yang digunakan oleh mereka untuk berkomunikasi dengan roh-roh nenek moyang. Ritual dan upacara ini melibatkan nyanyian, tarian, muzik dan persembahan haiwan korban kepada roh. Semua ini dilakukan untuk menjadikan negeri mereka sentiasa aman dan baik.

Instrumen muzik bagi ritual mereka adalah gendang jenis Kbandu dan mereka bermain Cast dan Grater. Ini antara alat yang digunakan. Selain daripada bermain muzik, nyanyian dan tarian juga adalah satu bahagian penting dalam upacara Kumina dan ia dibahagikan kepada dua jenis, iaitu nyanyian Bailo dan Negara.

Bailo adalah lagu-lagu dalam bahasa campuran Jamaica dan Kongo dan ia dianggap nyanyian yang kurang suci berbandingkan dengan Negara. Lagu ini biasanya dinyanyikan untuk persembahan. Sebaliknya, jenis nyanyian Negara melibatkan penggunaan bahasa Kikongo dan digunakan untuk berkomunikasi dengan roh-roh semasa mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dalam keadaan ini penari hilang kawalan diri mereka, suara, pergerakan dan mereka seperti berada dalam keadaan berkhayal. Ia telah dirasuk oleh ‘roh-roh’ tersebut.

Menurut Edward Kamau Brathwaite seorang pengkaji agama Kumina, di dalam Jamaica Journal dia mengatakan bahawa orang yang melakukan nyanyian dan tarian seperti Kumina untuk tujuan hiburan adalah dilarang menggunakan gendang seperti mereka. Ia juga disuruh untuk mengubah bait-bait lagu tersebut sekira untuk hiburan. Kerana itu merupakan ritual keagamaan mereka.

Upacara Kumina diadakan di atas situasi yang berbeza-beza. Mereka juga melakukan ritual untuk mengusir roh-roh jahat, ritual untuk penyembuhan seseoang yang telah terkena mentera jahat, merawat orang sakit dan lain-lain. Dalam setiap ritual itu jamuan disediakan untuk dipersembahkan kepada roh.

Versi Melayu

Jika dilihat kepada konsep dasar ritual itu, ia hampir sama dengan pemujaan dalam upacara Ulek Mayang, Bermain Puteri (Main Teri), Mak Yong dan Kuda Kepang di alam Melayu. Menurut Rahimidiin Zahari dan Sutung Umar RS di dalam buku mereka Makyung Warisan Mistik Malaysia, mereka mengatakan ritual Mak Yong dan Ulek Mayang merupakan tarian yang berunsurkan mistik dan memiliki hubungkait dengan alam ghaib. Mereka akan berlakon menjadi watak puteri dan watak raja lalu berpentasan dengan cerita-cerita yang dikarang oleh mereka. Kebanyakkan kes di dalam permainan ini merupakan adegan separa sedar dan mereka dirasuk oleh ‘makhluk ghaib’. Permainan ini juga bermain peranan untuk merubat orang yang sakit dengan istilah ‘pelepas angin’.

Komponen ritual mereka juga hampir sama iaitu alat muzik, tarian, mentera, berubat orang dirasuk, memiliki pemakaian khas yang cantik, juga memanggil (memuja) makhluk halus, dan dilakukan di dalam sebuah majlis khas. Ia memberi satu persoalan yang besar, apakah yang menghubungkan antara ritual yang hampir sama di benua yang berjauhan? Adakah komponen muzik, tarian, pemujaan itu adalah alat utama untuk ‘memanggil’ jin atau itu adalah sememangnya ritual untuk memuja mereka?

Wallahua’lam, ia perkara yang menarik untuk difikirkan. Malah di dalam ritual agama traditional lain yang berada di pendalaman juga memiliki ritual yang hampir sama.

This post is available in: msMelayu

Posts Carousel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *

Cancel reply

Latest Posts

Top Authors

Most Commented

Featured Videos

This post is available in: msMelayu