• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Jumaat, April 23, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Agama Di Dunia

‘Alim’ Ketika Dahulu, Sekarang Dipatungkan

by MRM R&D Team
Disember 2, 2020
in Agama Di Dunia, Sejarah
0
‘Alim’ Ketika Dahulu, Sekarang Dipatungkan
35
SHARES
176
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

‘Alim’ Ketika Dahulu, Sekarang Dipatungkan

Masih segar diingatan saya ketika pada zaman awal bersemangat mempelajari bidang perbandingan agama di lapangan, saya sering berjumpa dengan tokoh-tokoh agama mereka sendiri dan belajar dengan mereka. Salah seorang rujukan saya dalam agama Buddha Theravada pada suatu ketika dahulu adalah seorang ketua sami di sebuah Wat bernama Machimmaram Tumpat, Kelantan.

Beliau bernama Phrak Khru Wikthet Thammanard atau dikenali sebagai Phor Than Thit. Beliau boleh dikatakan orang ‘alim’ di dalam agama Buddha di komuniti di sana. Malah jika perasan, ketika almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berprogram dengan komuniti sami, pasti beliau juga turut bersama. Beliau meninggal dunia pada Mac tahun 2016.

Pada tempoh hari saya melawat Wat Machimmaram untuk projek dokumentari dan saya dapati di dalam biliknya, tempat yang biasa saya berdiskusi dengannya pada suatu ketika dahulu, kini berdirinya sebuah patung lilin yang diukir seperti kerangka manusia sebenar. Ukiran patung itu saling tidak tumpah dengan wajahnya yang sebenar, seakan-akan hidup.

Lalu saya beralih kepada ruang utama ibadat mereka, juga didapati patungnya diukir dan diletak bersebelahan dengan patung Buddha. Hal ini menyebabkan saya merenungi firman Allah di dalam al Quran berkenaan sembahan berhala yang disembah oleh kaum Nabi Nuh. Firman Allah SWT:

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا

“Dan (ketua-ketua) mereka berkata: “Jangan kamu sekali-kali meninggalkan sesembahan-sesembahan kamu dan (terutama) janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd, Suwa, Yaghuts, Ya’quq, mahupun Nasr” (Nuh: 23).

Di dalam shahih Bukhari, Ibnu Abbas mengatakan:

“Ini adalah nama-nama orang soleh dari kaum Nuh. Ketika mereka meninggal, syaitan membisikkan kepada kaumnya, ‘Buatlah patung-patung di bekas tempat pertemuan mereka (sebagai simbol dan untuk mengenang kesolehan mereka), kemudian namailah patung-patung tersebut dengan nama-nama mereka’. Maka kaumnya melaksanakannya dan belum menyembah patung-patung tersebut. Ketika mereka meninggal, dan telah hilang ilmu, maka patung-patung tersebut disembah oleh generasi setelahnya” (Diriwayatkan oleh Bukhari, hadist no.4920). [1]

Riwayat ini jelas memberi khabar kepada kita bahawa konsep memuliakan seseorang alim dengan membuat patung bukan suatu perkara baru. Ia bermula sejak zaman awal berlakunya penyelewengan terhadap aqidah Islam sebelum zaman nabi Nuh.

Pada hari ini tidak semua orang yang datang menyembah atau menunduk hormat kepada patung-patung ini mengetahui asal usul patung-patung itu. Mereka akan dijamu dengan kisah-kisah ajaib dan keramat individu tersebut yang tidak diketahui sumber asalnya dan hal itu akan memberi kesan yang lebih besar pada kemudian hari sehingga generasi terkemudian akan menganggapnya sebagai sembahan penting yang menjadi perantaraan untuk memohon sesuatu hajat.

Pada suatu ketika dahulu saya juga pernah bertanya kepada beliau mengenai pembinaan patung di dalam agamanya samada terdapat anjuran di dalam kitab Tripitaka atau tidak. Jawabnya: “tidak ada, tetapi perkara baik apa salahnya.”

Wallahua’alam


Artikel berkaitan:

Sejarah Penyembahan Berhala Menurut Perspektif Islam
Sejarah Penyembahan Berhala di Tanah Arab
Sejarah Pembinaan Patung Buddha

Nota Kaki:

[1]

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى، أَخْبَرَنَا هِشَامٌ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ، وَقَالَ، عَطَاءٌ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهما ـ صَارَتِ الأَوْثَانُ الَّتِي كَانَتْ فِي قَوْمِ نُوحٍ فِي الْعَرَبِ بَعْدُ، أَمَّا وُدٌّ كَانَتْ لِكَلْبٍ بِدَوْمَةِ الْجَنْدَلِ، وَأَمَّا سُوَاعٌ كَانَتْ لِهُذَيْلٍ، وَأَمَّا يَغُوثُ فَكَانَتْ لِمُرَادٍ ثُمَّ لِبَنِي غُطَيْفٍ بِالْجُرُفِ عِنْدَ سَبَا، وَأَمَّا يَعُوقُ فَكَانَتْ لِهَمْدَانَ، وَأَمَّا نَسْرٌ فَكَانَتْ لِحِمْيَرَ، لآلِ ذِي الْكَلاَعِ‏.‏ أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ، فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنِ انْصِبُوا إِلَى مَجَالِسِهِمُ الَّتِي كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا، وَسَمُّوهَا بِأَسْمَائِهِمْ فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ أُولَئِكَ وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ‏.‏

MRM R&D Team

MRM R&D Team

Next Post
Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Introduction to Pillars of Islam and Articles of Faith

3 tahun ago
Kristian-kah Jehovah Witnesses?

Kristian-kah Jehovah Witnesses?

3 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    509 shares
    Share 246 Tweet 110
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    175 shares
    Share 70 Tweet 44
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1342 shares
    Share 573 Tweet 321

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz