• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Jumaat, April 23, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Agama Di Dunia Sejarah

Sejarah Penciptaan Berhala Menurut Perspektif Islam

by MRM R&D Team
November 19, 2020
in Sejarah
0
Sejarah Penciptaan Berhala Menurut Perspektif Islam
216
SHARES
1.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Islam bermula pada zaman nabi Adam a.s dengan dibawa aqidah yang bersih iaitu hanya menyembah Allah, satu-satunya Tuhan. Setelah lama kelamaan, aqidah ini mula menghakis lalu wujudnya konsep penyembahan berhala (pemujaan) terhadap orang-orang soleh. Berhala secara umumnya dapat difahami ialah sebuah patung dewa-dewa yang disembah (dipuja). Berhala ini kebiasaannya diukir daripada batu, kayu, tanah liat, dan besi untuk membentuk manusia atau makhluk hidup yang lain.

Sejarahnya bermula sebelum kerasulan Nabi Nuh. Ini kerana saat kehadiran Nabi Nuh di pertengahan kaumnya, majoriti masyarakat pada masa itu telah pun menyembah berhala-berhala. Ini menggambarkan bahawa proses awal untuk manusia menyembah berhala telahpun berlaku sebelum kehadiran Nabi Nuh.

Pada zaman antedulivian (istilah Bible merujuk zaman sebelum banjir besar), di mana terdapat lima orang wali Allah yang soleh bernama Wadd, Suwa, Yaghuth, Ya’uq dan Nasr. Mereka mempunyai ramai pengikut yang setia kerana kesolehan mereka yang membawa ajaran nabi Syith yang merupakan seorang nabi dan anak nabi Adam a.s. Menurut Ibnu Katsir dalam bukunya Qhisasul Anbiya’ menyatakan setelah mereka semua meninggal dunia (para wali), syaitan telah datang membisikkan kepada masyarakat ketika itu untuk membina patung mereka di tempat kebiasaan mereka beribadat dan dinamakan sempena dengan nama-nama mereka.(1)

Ya’kub dari Baul Muthahhar berkata ketika Abu Ja’far, al-Baqir ada menyentuh tentang nama Wadd. Katanya “Wadd adalah seorang hamba Allah yang soleh. Beliau sangat dicintai oleh masyarakatnya. Ketika Waad meninggal dunia, mereka menempati di sekitar kuburnya di Babylon. Di tempat itulah mereka meratapi kematiannya. Apabila iblis melihat ratapan mereka di sana, ketika itu juga dia menyamar berupa seorang pemuda.” Iblis berkata: “Dari pemerhatianku, rupanya kamu tidak habis-habis lagi meratapi kematian orang di dalam kubur ini. Bagaimana jika aku buatkan sebuah patungnya untukmu. Kamu boleh menempatkannya di rumah. Dengan begitu kamu akan teringat kepadanya secara berterusan.” Mereka menjawab: Ya! Kami setuju.” Maka Iblis membuat patung orang soleh tersebut.

Kemudian, patung tersebut ditempatkan di rumah salah seorang antara mereka untuk mengingatinya. Ketika iblis melihat keinginan mereka untuk mengingatinya begitu bersungguh-sungguh, dia sekali lagi membuat cadangan: “Bagaimana jika aku buatkan beberapa buah patung yang boleh diletakkan pada setiap rumah kamu. Dengan demikian akan mempermudahkan kamu untuk mengingatinya, tanpa terus berpindah-pindah.” Mereka menjawab: Ya! Kami setuju.” Iblis memenuhi janjinya. Setiap rumah mereka dibuatkan sebuah patung orang soleh itu. Di hadapan patung inilah mereka menumpahkan segala kerinduannya dan mengingatinya.”(2)

Dalam perkembangan keturunan seterusnya, anak cucu mereka melihat kaedah yang dilakukan oleh ayah dan moyang mereka yang menjadi pengikut setia orang soleh itu tadi.

Dengan berlakunya pertukaran generasi demi generasi, maka sedikit demi sedikit sejarah kehidupan orang soleh itu terhakis dan berganti menjadi orang yang dipuja kerana kesolehannya, sehingga dalam perkembangan generasi selanjutnya mereka menjadikan patung-patung itu sebagai Tuhan yang disembah selain Allah. Di sinilah berlakunya syirik yang pertama di muka bumi.(3)

Dari apa yang dinyatakan ini menggambarkan bahawa segala patung berhala inilah yang mula-mula disembah oleh segolongan manusia selain dari Allah. Ini bertitik tolak apabila perkembangan manusia berlalu, mereka kehakisan ilmu kerana ketiadaan pembimbing dari kalangan mereka untuk menghalangi mereka supaya tidak mengadaptasi patung orang soleh itu untuk disembah selain dari Allah. Allah merakamkan nama mereka di dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: “Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa’, dan Yaghuth, dan Ya’uuq, serta Nasr.” (Surah Nuh: 23)

Setelah mereka meninggal dunia (Wadd, Suwa’, Yaghuth, Ya’uq, dan Nasr), maka syaitan segera memanafaatkan peluang ini dengan membisikkan kepada kaum mereka agar membuat patung-patung orang soleh ini di tempat mereka beribadat supaya ia dapat menaikkan semangat untuk beribadat sekaligus melambangkan kehormatan mereka terhadap orang soleh tersebut.(4)

Di samping itu juga, ada juga yang berpendapat bahawa mereka juga mempunyai sembahan yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat yang berbunyi: “Janganlah kamu meninggalkan (penyembahan) Tuhan kamu,” maksud daripada ayat ini berkemungkinan ialah bintang-bintang, bulan dan matahari yang saling kelihatan di malam dan siang hari.(5)

Sayyid Qutub dalam Fi Zhilalil Quran menyatakan bahawa mereka mempunyai berhala dan patung yang beraneka macam mengikut selera dan citara rasa kebangsaan mereka.(6)

Dakwah Rasul Pertama

Apabila mereka telah mensyirikkan Allah dengan berhala sembahannya dengan pelbagai bentuk, maka Allah mengutuskan rasul-Nya iaitu Nabi Nuh untuk berdakwah kepada kaumnya seperti dirakamkan di dalam al Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya. Dia berkata “wahai kaumku! Sembahlah Allah. Sama sekali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Aku takut jika kamu akan mendapat azab yang besar.” (Surah al-A’raf: 59)

Nuh merupakan rasul pertama yang berdepan dengan umatnya yang mensyirikkan Allah. Sebab itu di dalam sebuah hadis Shahih menyatakan Nuh merupakan rasul yang pertama, mengenai situasi di akhirat kelak apabila manusia mula meminta syafaat kepada rasul-rasul mereka yang bermkasud:

“Adam berkata: aku tidak berhak demikian, kemudian Adam menceritakan kesalahan yang menimpanya. (Adam berkata): akan tetapi datanglah kepada Nuh, kerana Dia adalah Rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi. Maka orang-orang kemudian mendatangi Nuh….” (Shahih Bukhari no: 7410)

Berpandukan kepada hadis ini maka dapat diketahui bahawa Adam hanyalah seorang nabi, manakala Nuh merupakan seorang rasul yang pertama diutuskan, memandangkan tugasnya berat iaitu perlu menegakkan tauhid di kalangan kaumnya yang telah mensyirikkan Allah.

Kesimpulan

Ibrah daripada kisah kaum nabi Nuh ini dapat kita ambil adalah jangan membelakangi hukum Allah yakni menduakannya.

Kedua, jangan memiliki sifat ta’sub kepada orang soleh sehingga berlaku pemujaan dan menyebabkan mereka mensyirikkan Allah. Pada awal mula-mulanya, mereka beralasan dengan ianya adalah perkara baik agar lebih khusyuk beribadah, lama-kelamaan talbis iblis mengheret mereka kepada penyembahan kepada orang soleh tersebut.

Ketiga, tugas menegakkan kalimah tauhid adalah tugas berat yang ditanggung oleh para rasul terdahulu. Semoga Allah memelihara kita daripada melakukan dosa syirik dan menjadikan kita salah seorang yang menyambung sunnah utama iaitu dakwah menegakkan tauhid.

Wallahua’alam.


Nota Kaki:

1. Lihat Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (2011) Terjemahan Tim Pustaka Ibnu Katsir, Pustaka Ibnu Katsir, Indonesia, Jilid 9, hlm 306; Ibnu Katsir (2011) Qishash Al-Anbiya’, penterjemah ustaz Johari Yaman, Nadi Media Resource, Selangor, hlm 135
2. Ibid halaman 136
3. Ibid
4. Lihat Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (2011) Terjemahan Tim Pustaka Ibnu Katsir, Pustaka Ibnu Katsir, Indonesia, Jilid 9, hlm 306
5. Lihat Dr. Arif Abdul Fathah Thobbaroh (2005) Kisah Nabi-Nabi Dalam Al-Quran, Victory Agencie, Kuala Lumpur, hlm 112
6. Sayyid Qutub (2007) Fi Zhilalil Quran, penterjemah As’ad Yasin & Abdul Aziz Salim, Gema Insani, Indonesia, jilid 12, hlm 44

Pasukan R&D MRM

MRM R&D Team

MRM R&D Team

Next Post
Sejarah Pembinaan Patung Buddha

Sejarah Pembinaan Patung Buddha

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Apa Kaitan Dewi Nuwa Dengan Yee Sang?

Apa Kaitan Dewi Nuwa Dengan Yee Sang?

3 tahun ago
Antara Berhala & Lalat

Antara Berhala & Lalat

3 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    508 shares
    Share 246 Tweet 109
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    174 shares
    Share 70 Tweet 44
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1341 shares
    Share 572 Tweet 320

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz