Nafsu Sesama Jenis, Penyakit Atau Semulajadi? Agama Manakah Yang Membenarkannya?

Nafsu Sesama Jenis, Penyakit Atau Semulajadi? Agama Manakah Yang Membenarkannya?

Apa sebenarnya yang ingin diperjuangkan oleh golongan hak asasi manusia mengenai isu LGBT ini? Sekiranya mereka memperjuangkan hak kebebasan berpendapat, kebebasan beragama dan berpartisipasi itu boleh lagi diterima kerana ia melibatkan soal kemasyarakatan dan ada kesan kepada pembangunan negara.

Akan tetapi apabila mereka memperjuangkan hak kebebasan LGBT ini sukar untuk kita semua hadamkan. Ini kerana perkara ini melibatkan hal ‘berseronok-seronok’ dan juga kepuasan seksual secara songsang dari golongan LGBT sahaja. Tidak ada memberi nilai tambah kepada negara kecuali hanya menambah penyakit (HIV, penyakit kelamin) dan merosakkan institusi kekeluargaan sahaja.

Masih dalam perbincangan mengenai status golongan gay dan lesbian ini samada mereka ini tergolong dari kelompok penyakit mental atau tidak. Menurut laporan American Psychiatric Association (APA) dan World Health Organization (WHO) mengkelaskan bahawa masalah homoseksual ini tidak diketegorikan masalah penyakit mental. Akan tetapi pandangan yang mengatakan sebaliknya. Perkara ini adalah perbincangan dari kalangan ahli perubatan dan kita serah kepada ahli mereka untuk mengulas lanjut.

Yang jelas LGBT ini adalah suatu penyakit. Walaupun ia bukan penyakit mental sekalipun ia tetap penyakit dari jiwa nafsu songsang dan penyakit yang melawan fitrah yang sedia ada di dalam diri manusia. Perkara ini terbina dengan beberapa bentuk yang mempengaruhi:

1. Masalah Kekeluargaan

Situasi trauma salah satu faktor yang memberi kesan kepada minda pesakit LGBT ini sebagaimana persekitaran mempengaruhi mindanya untuk menyanggahi fitrahnya ketika mereka masih kecil. Sebagai contoh, terdapat ahli keluarga lelaki sering bertindak kasar kepada dirinya dan ahli keluarga perempuan yang lain menyebabkan terpahat di dalam minda mereka bahawa lelaki adalah jahat dan menyebabkan dia tidak suka kepada lelaki. Begitu juga sebaliknya bagi pihak lelaki berlaku perkara yang sama. Ada juga trauma terbentuk dari kesan penderaan atau dirinya pernah diliwat ketika kecil lalu perkara itu membawa kepada kebiasaan dan ketagihan. Selain itu, masih banyak lagi faktor kekeluargaan lain yang melibatkan trauma kepada kanak-kanak.

2. Media

Media pada hari ini sangat berperanan dalam memberi imej ‘menormalkan’ LGBT di dalam filem-filem mereka dan memberi kesan kepada orientasi seks terhadap berlainan jantina. Antara faktor yang memberi impak besar adalah apabila ketagihan melihat video lucah. Ini kerana apabila seseorang itu sudah biasa melihat adegan lucah, ia akan menggalakkan seseorang itu supaya berbuat lebih lagi daripada itu agar melakukan sesuatu yang lain dari yang lain. Malah video lucah juga pesat mengandungi adegan gay dan lesbian yang menyumbang kepada minda seseorang bahawa perkara itu adalah kebiasaan dan lama kelamaan perkara itu menimbulkan rasa ketagihan.

3. Pengaruh Komuniti

Bagi orang yang cenderung kepada LGBT ini mereka akan memilih kawan-kawan yang memiliki kemahuan yang sama seperti mereka juga. Dari sini mereka banyak berhubung melalui media sosial dan dari situlah penyakit mereka akan mula parah disebabkan dipengaruhi oleh teman-teman mereka.

4. Pengambilan Pil Hormon

Selain dari gay dan lesbian, khususnya golongan lelaki yang cenderung kepada transgender dan transeksual dilihat gemar mengambil pil hormon seperti Marvelon, Mercilon dan berbagai jenis lagi pil untuk ‘mewanitakan’ lagi hormon estrogen dan progesteron di dalam diri mereka. Tindakan sebegini sebenarnya yang menambah parah penyakit emosi yang mereka alami. Adalah tidak logik untuk mereka mengatakan Allah yang menentukan diri mereka menjadi demikian sedangkan mereka sendiri bertindak untuk menjadi seperti wanita dengan mengambil pil, melakukan pembedahan demi untuk berperwatakan seperti wanita. Sedangkan dengan kaedah yang sama seperti mereka berusaha untuk menjadi seorang wanita, sebenarnya mereka boleh berusaha untuk merawat diri mereka untuk menjadi lelaki sejati samada dengan pengambilan hormon, rawatan psikologi dan lain-lain.

5. Dakwaan Biologi

Terkenal juga dakwaan yang mengatakan gay, lesbian dan biseksual ini adalah berasal dari faktor biologi iaitu dari genetik mereka. Sedangkan pada hari ini masih belum ada bukti yang kukuh untuk menyokong hipotesis ini. Adapun bagi kes transgender terdapat perbahasan isu masalah pendominasian hormon lelaki (testosterone) dan perempuan di dalam badannya. Sekiranya masalah ini terjadi maka perubatan dan rawatan adalah wajib untuk diambil oleh mereka sesuai dengan jantina asalnya. Manakala bagi masalah hermaphrodite atau khunsa iaitu individu yang memiliki dua jantina, mereka wajib memilih satu untuk mengikut kecenderungan kepada jantina asalnya. Hal ini boleh ditentukan di dalam dunia perubatan.

LGBT Menurut Agama-Agama

Tanpa membincangkan dari sudut agama pun sebenarnya manusia rata-rata sudah memahami bahawa LGBT ini adalah salah. Malah ia melawan hukum alam melalui perkahwinan sejenis.

Jika dirujuk di dalam sejarah agama, perkara ini disebut telah berlaku sejak dahulu lagi iaitu pada kaum Nabi Lut. Perkara ini disebut di dalam Bible dan juga al Quran. Dewasa ini perkara ini menjadi lebih kontroversi apabila terdapat pertubuhan dan gerakan yang memperjuangkan hak kebebasan LGBT.

Agama Yahudi

Di dalam Perjanjian Lama terdapat banyak ayat dan hukum mengenai golongan yang melakukan hubungan sejenis:

“Janganlah engkau tidur dengan lelaki seperti orang bersetubuh dengan perempuan, kerana itu suatu kekejian.” (Imamat 18: 22)

“Bila seorang lelaki tidur dengan lelaki secara orang bersetubuh dengan perempuan, jadi keduanya melakukan suatu kekejian, pastilah mereka dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri.” (Imamat 20: 13)

Dan juga kisah homoseksual kaum Lut yang ditimpa azab oleh Allah diceritakan dalam buku Kejadian 19: 1-13.

Malah mengikut hukum Yahudi mereka hendaklah direjam:

“When a man enters into relations with a male or has a male enter into relations with him, once the corona is inserted [into the anus] they should both be stoned if they are both adults. As [Leviticus 18:22] states: “Do not lie with a man,” [holding one liable for the act, whether] he is the active or passive partner.

If a minor of nine years and a day or more is involved, the man who enters into relations or has the minor enter into relations with him should be stoned and the minor is not liable. If the male [minor] was less than nine years old, they are both free of liability. It is, however, appropriate for the court to subject the adult to stripes for rebellious conduct for homosexual relations although his companion was less than nine years old.” (Mishneh Torah, Hilchos Issurei Biah 1: 14)

Manakala bagi wanita pula yang melakukan hal tersebut maka hukumannya dia dilarang berkahwin. (Mishneh Torah, Hilchos Issurei 21: 8)

Agama Kristian

Teks di atas itu juga (Perjanjian Lama) merupakan sebahagian hukum dalam agama Kristian. Di dalam Perjanjian Baru disebut:

“Kerana itu Allah menyerahkan mereka kepada hawa nafsu yang memalukan, sebab isteri-isteri mereka menggantikan persetubuhan yang wajar dengan yang tak wajar. Demikian juga suami-suami meninggalkan persetubuhan yang wajar dengan isteri mereka dan menyala-nyala dalam berahi mereka seorang terhadap yang lain, sehingga mereka melakukan kemesuman, lelaki dengan lelaki, dan kerana itu mereka menerima dalam diri mereka balasan yang setimpal untuk kesesatan mereka.” (Roma 1: 25-27)

Agama Zoroaster

Di dalam kitab suci Majusi menyatakan bagi sesiapa yang melakukan homosekual maka dia adalah penyembah syaitan:

“The man that lies with mankind as man lies with womankind, or as woman lies with mankind, is a man that is a Daeva (demon); this man is a worshipper of the Daevas, a male paramour of the Daevas” (Zend Avesta, Vendidad 8: 32)

Agama Hindu

Di dalam agama Hindu terdapat hukuman terhadap pelaku homoseksual, disebut di dalam Manusmriti:

“Seorang gadis yang menodai seorang gadis lain akan di hukum dengan denda sebanyak dua ratus pana dan membayar wang mas kahwin sebanyak dua kali ganda dan menerima sebatan dengan sebat sepuluh kali.” (Manusmriti: 8: 269)

Agama Islam

Di dalam al Quran, Allah mengkhabarkan homoseksual ini berlaku sejak zaman nabi Lut a.s:

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya. ‘Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kalian? ‘Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampui batas” (Al-A’raf : 80-81)

Dalam sebuah hadis baginda bersabda yang bermaksud:

“Allah melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (baginda mengulanginya sebanyak tiga kali)” (Nasa’i dalam As-Sunan Al-Kubra 4/322 No. 7337)

Malah di dalam sebuah hadis nabi melarang lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya:

“Rasulullah shallallahu alaihi wasallam melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang meyerupai lelaki.” (HR. Al-Bukhari No. 5885)

Malah di dalam agama Kristian dan Yahudi juga melarang lelaki menyamai perempuan dan sebaliknya:

“Seorang perempuan janganlah memakai pakaian lelaki dan seorang lelaki janganlah mengenakan pakaian perempuan, sebab setiap orang yang melakukan hal ini adalah kekejian bagi Tuhan” (Ulangan 22: 5)

Malah di dalam perjanjian baru menyatakan:

“Bukankah alam sendiri menyatakan kepadamu, bahawa adalah kehinaan bagi lelaki, jika dia berambut panjang. Tetapi adalah kehormatan bagi perempuan, jika ia berambut panjang?” (1 Korintus 11: 14-15)

Perjuangan Hak Asasi Mansia

Akhir-akhir ini teks agama sudah dibelakangkan. Bentanglah banyak mana dalil yang dikeluarkan oleh golongan agawaman sudah tidak lagi diendahkan oleh sesetengah kelompok kerana iman mereka telah diselaputi dengan ideologi humanisme.

Perjuangan tentang hak kebebasan LGBT ini masih lagi baru. Hal ini dilihat mula tercetus dari idea humanisme gelombang ketiga iaitu pada awal abad ke 20. Ia mula rancak apabila Amerika Syarikat memberi ruang untuk mempromosi idea perjuangan hak LGBT yang dibawa oleh Henry Gerber yang mengasaskan Society for Human Rights atau dikenali juga American LGBT Rights pada tahun 1924 di Chicago. Dari usaha itu mereka mempromosi idea kebebasan LGBT dengan mengatasnamakan perjuangan hak asasi manusia.

Idea ini dilihat begitu cepat tersebar di Amerika Syarikat. Malah gerakan Human Rights Campaign juga merupakan badan yang terbesar menyokong dan turut menyumbang penyebaran ideologi ini di seluruh dunia. Malah kesannya dapat dilihat apabila ramai agamawan terutama Kristian yang menerima ideologi ini. Tidak terkecuali juga sebahagian muslim di US seperti Amina Wadud dan Daayiee Abdullah. Selain itu, agama Yahudi di US berserta cult Pastafarianisme, Raelisme, dan Unitarian Universalist juga menerima pengaruh kebebasan hak kepada LGBT. Kesan ini dilihat apabila mereka mendahulukan ideologi daripada agama yang mereka sedia anuti. Ini kerana ideologi ini sangat berpengaruh di bawah cengkaman Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat.

Sebelum ini ramai yang menganggap agama Kristian di Barat memperkenalkan LGBT sedangkan dalam agama ini jelas melarang homoseksual. Kesan daripada perjuangan hak asasi manusia di Barat telah merobek hukum agama sehinggakan ramai di kalangan pastor dan paderi Kristian dari US menyampaikan dakyah bahaya LGBT di kawasan-kawasan Afrika. Malah, jika dilihat di Uganda yang majoriti Kristian, mereka sangat tegas dan keras dalam membanteras LGBT sehinggakan terdapat kes yang lelaki mati direjam dan dipukul disebabkan gay. Malah mereka juga mengulangi akan membunuh lelaki gay. Begitu juga dengan perempuan yang lesbian akan dirogol oleh sebahagian mereka bagi ‘mengajar’ untuk menjadi wanita yang sebenar. Rujuk sini.

Penyelesaian

1. Golongan intelektual dan pihak berwajib perlulah memerangi golongan yang memperjuangkan kebebasan LGBT ini kerana mereka membawa bersama ideologi kebebasan yang membelakangi teks agama. Mereka mengatasnamakan dengan memperjuangkan hak asasi kemanusiaan.

2. Manakala pesakit LGBT pula perlulah disantuni dan didekati mereka agar dibimbing kembali kepada pangkal jalan.

3. Institusi kekeluargaan adalah paling penting dalam menangani gejala ini. Ibubapa dan ahli keluarga perlu berperanan sebaik mungkin untuk mencegah dan merawat simptom LGBT ini daripada awal.

4.  Bagi golongan yang terlibat dengan LGBT perlulah disedarkan kepada mereka bahawa perbuatan itu adalah suatu kesalahan. Ianya bukan sahaja kesalahan di dalam agama tetapi bercanggah dengan fitrah manusia itu sendiri.

5. Bagi golongan pesakit LGBT ini perlulah tekad di dalam diri agar berubah kembali kepada kehidupan yang normal.

6. Mereka juga perlulah keluar dari kelompok atau komuniti LGBT dari kalangan mereka agar menjalani pemulihan dengan lebih baik.

7. Jika memerlukan rawatan maka wajiblah bagi mereka untuk berubat agar kembali normal.

Kesimpulan

LGBT ini adalah penyakit yang perlu dirawati dan dicegah. Di dalam kes ini terdapat dua golongan yang harus difokuskan iaitu, golongan yang harus disantuni dan golongan yang harus diperangi.

Golongan yang harus disantuni dan perlu diberi bimbingan adalah golongan yang tejebak di dalam homoseksual manakala golongan yang perlu diperangi pula adalah golongan yang memperjuangkan hak LGBT agar ianya terus diamalkan. Mereka bukan sahaja memperjuangkan dari sudut hak asasi kemanusiaan, tetapi turut menyeleweng tafsiran teks agama demi membenarkan tindakan mereka.

Malah pada hari ini terdapat ramai pastor dari Amerika Syarikat mula mendoktrin masyarakat Kristian Afrika seperti Uganda, Kenya, Zimbabwe bahawa LGBT itu suatu keburukan. Malah agamawan dari US sendiri menasihati agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh US.

Oleh itu, sesuai dengan fitrah manusia, Islam dan agama-agama lain memandu agar menjauhi perbuatan hubungan sonsang. Manakala bagi mereka yang perlu rawatan untuk menjadi normal, maka perlulah dibimbing dan diberi rawatan yang sewajarnya kepada mereka.

Pasukan R&D MRM

This post is available in: zh-hans简体中文 msMelayu

Posts Carousel

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *

Cancel reply

Latest Posts

Top Authors

Most Commented

Featured Videos

This post is available in: zh-hans简体中文 msMelayu