• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Selasa, Januari 19, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Tuduhan

Mati Disalib: Jesus, Yudas Iskariot Atau Siapa?

by MRM R&D Team
Oktober 15, 2020
in Tuduhan
1
Mati Disalib: Jesus, Yudas Iskariot Atau Siapa?
621
SHARES
3.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kisah nabi Isa diangkat ke langit sangat terkenal di dalam dunia Islam kerana ia disebut di dalam al-Quran. Ia bermula dari tindakan rabbai Yahudi yang menghasut pemimpin Rom agar membunuh nabi Isa. Di saat tentera Rom mengepung dan mahu membunuhnya, Allah telah mengangkat nabi Isa ke langit (Surah Ali Imran: 55).

Terkenal di dalam penceritaan saat nabi Isa diangkat ke langit iaitu kisah seorang yang dijelmakan seiras nabi Isa dan dikatakan dia adalah salah seorang hawariyyun (pengikut nabi Isa) yang bernama Yudas Iskariot. Diceritakan Yudas Iskariot adalah seorang yang jahat kerana telah mengkhianati nabi Isa hanya disebabkan tawaran ganjaran beberapa keping wang perak. Di atas tindakan itu dia dibalas dengan diiraskan wajahnya seperti nabi Isa tanpa dia sedari dan dia ditangkap serta mati di kayu salib.

Benarkah dakwaan ini?

1) Di dalam al Quran jelas mengatakan nabi Isa atau Jesus tidak mati disalib seperti dakwaan Bible (Markus 15: 21-31, Lukas 23: 26-43) akan tetapi nabi Isa diganti oleh orang lain yang diiraskan wajahnya, firman Allah yang bemaksud:

“Dan kerana ucapan mereka (orang-orang Yahudi): Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.

Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu.

Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’: 157-158)

2) Al-Quran tidak menyatakan siapakah nama orang yang menggantikan nabi Isa saat disalib.

3) Yudas Iskariot adalah nama salah seorang hawariyyun (pengikut nabi Isa) yang disebut di dalam Bible. Dia digambarkan seorang yang mengkhianati Jesus dengan bayaran 30 wang perak (Matius 26: 14-15). Akan tetapi Bible tidak mengatakan wajah beliau diiraskan seperti nabi Isa dan mati disalib kerana dalam kepercayaan Kristian mereka mengatakan yang mati di kayu salib itu adalah Jesus atau nabi Isa.

4) Salah satu sumber yang tersebar di dunia Islam adalah penceritaan yang mengatakan Yudas Iskariot yang merupakan salah seorang hawariyyun yang mengkhianati nabi Isa dan dijelmakan wajahnya seperti nabi Isa adalah bersumberkan injil Barnabas.

Di dalam injil Barnabas bab 216 menceritakan Tuhan mengubah wajahnya menjadi seperti nabi Isa berserta suaranya juga mirip baginda. Malah dikatakan Yudas tidak perasan dirinya berubah menjadi seperti nabi Isa lalu dia ditangkap dan dipukul sehingga dia terpinga-pinga menghadapi situasi itu. Menurut versi injil Barbanas juga, Yudas mendapat balasan itu disebabkan pengkhianatannya kepada nabi Isa lalu dia menjadi ganti kepada hukuman salib itu.

5) Dakwaan di dalam injil Barnabas ini dilihat bercanggah dengan al Quran dan pandangan ulama salaf. Ini kerana di dalam al-Quran Allah menyebut kesemua hawariyyun yang mengikuti nabi Isa adalah Ansarullah (orang yang menolong agama Allah) dan mereka adalah orang yang beriman:

“Dan (ingatlah) ketika Aku (Allah) ilhamkan kepada orang-orang Hawariyiin (sahabat-sahabat Nabi Isa): “Berimanlah kamu kepadaKu dan kepada RasulKu!”, Mereka menjawab: “Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami adalah Muslim (yang menyerah diri kepada Allah).” (Surah Ali Imran: 52)

Malah menurut Ibnu Hatim meriwayatkan dari Ibnu Abbas, menceritakan saat getir sebelum pengepungan dari tentera Rom dan orang Yahudi untuk menangkap nabi Isa, baginda bertanya kepada pengikutnya:

“Siapakah di antara kalian yang bersedia diserupakan denganku lalu dibunuh? Ia akan memperolehi derajat yang setara denganku” maka bangunlah seorang pemuda diantara mereka yang menyanggupinya namun nabi Isa menolaknya. Ia berlaku sebanyak tiga kali akhirnya nabi Isa memilihnya, lalu Allah menyerupakan diri pemuda itu seperti wajah nabi Isa lalu nabi Isa diangkat ke langit. Setelah itu datang tentera Rom bersama orang Yahudi menangkap pemuda yang diiraskan wajahnya seperti Isa lalu ditangkap dan disalib. [1]

Sepertimana dirakamkan oleh Ibnu Katsir di dalam tafsirnya beliau menukil pandangan ulama salaf juga senada dengan menceritakan bahawa nabi Isa berkata kepada pengikutnya: “Siapa di antara kalian yang bersedia diserupakan denganku lalu dibunuh dan ia akan menjadi teman dekatku di syurga.”[2]

Oleh itu tuduhan yang mengatakan Yudas Iskariot adalah salah seorang hawariyyun yang mengkhianati nabi Isa itu adalah tidak benar dan bercanggah dengan al Quran. Hanya Bible sahaja yang memberi imej buruk kepada pengikut nabi Isa. Setelah itu perkara ini ditokok tambah oleh penulis injil Barnabas (yang ditulis setelah kewafatan nabi Muhammad) lalu menuduh Yudas Iskariot adalah si pengkhianat yang diiraskan wajah seperti nabi Isa dan dia tidak direla dihukum bunuh dan disalib.

Kesimpulan

Di dalam kepercayaan Kristian mengatakan nabi Isa mati disalib. Akan tetapi di dalam al Quran jelas mengatakan nabi Isa diangkat ke langit dan digantikan dengan seseorang yang diserupakan wajahnya seperti nabi Isa.

Watak Yudas Iskariot yang diperkenalkan oleh Bible itu adalah tuduhan yang memburukkan hawariyyun yang sebenarnya beriman kepada Allah. Malah perkara itu ditokok tambah di dalam injil Barnabas dengan mengatakan yang dijelmakan mirip nabi Isa adalah Yudas si pengkhianat. Dikatakan dia dijelmakan di dalam keadaan yang tidak sedar dan menafikan dirinya sebagai Jesus sehingga ke tiang salib dan berteriak ‘Eli Eli Lamasabacthani’ bermaksud Tuhanku Tuhanku kenapa kamu tinggalkan Aku (Injil Barnabas bab 217)

Akan tetapi kisah ini jelas bertentangan dengan al Quran dan juga pandangan ulama salaf. Sedangkan ulama salaf mengatakan salah seorang hawariyyun yang ditawarkan untuk menggantikan Jesus itu adalah beriman dan dia mati syahid serta mereka tidak mengkhianati nabi Isa.

 


Nota kaki:

[1] Ibnu Abi Hatim (IV/1110). Sanad ini sahih sampai kepada Ibnu Abbas dan diriwayatkan juga oleh an Nasaie dari Abu Kuraib dari Abu Mu’awiyah. Syeikh Ahmad Syarkir mengatakan bahawa teks atau riwayat ini diragukan kesahihannya untuk dinisbahkan kepada Ibnu Abbas sekalipun sanadnya sahih.
[2] Lihat Ibnu Katsir, (2013). Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Pustaka Ibnu Katsir, Jakarta, Jilid 2, hlm 728

Team R&D MRM

MRM R&D Team

MRM R&D Team

Next Post
Tuhan Tidak Wujud Kerana Tidak Dapat Dilihat?

Tuhan Tidak Wujud Kerana Tidak Dapat Dilihat?

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Belief in the Angels and Jinn

Belief in the Angels and Jinn

3 tahun ago
Siri Menjawab Kristian #3: “Nabi Muhammad Selalu Beristighfar 100 Kali Sehari, Itu Menunjukkan Dia Tidak Maksum!”

Siri Menjawab Kristian #3: “Nabi Muhammad Selalu Beristighfar 100 Kali Sehari, Itu Menunjukkan Dia Tidak Maksum!”

3 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    420 shares
    Share 211 Tweet 87
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    146 shares
    Share 58 Tweet 37
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    47 shares
    Share 19 Tweet 12
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    289 shares
    Share 116 Tweet 72
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1264 shares
    Share 542 Tweet 301

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz