• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Jumaat, April 23, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Agama Di Dunia

Kristian: Konflik Dalaman, Satu Atau Tiga?

by MRM R&D Team
November 29, 2020
in Agama Di Dunia
0
Kristian: Konflik Dalaman, Satu Atau Tiga?
36
SHARES
180
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Di dalam Kristian terkenal dengan aqidah Triniti iaitu konsep tiga tuhan yang memiliki peribadi yang berbeza tetapi hakikatnya satu. Yang mana mereka beriman bahawa tuhan bapa, Jesus dan roh kudus adalah tuhan di dalam satu.

Akan tetapi di dalam kepercayaan aqidah Triniti ini, wujudnya kelompok Kristian yang menolak konsep triniti dan mereka percaya kepada monotheisme (satu Tuhan) sahaja.

Mereka dikenali sebagai denominasi (aliran) Kristian Unitarian. Aliran ini mereka percaya kepada satu Tuhan sahaja iaitu Tuhan bapa. Mereka tidak percaya roh kudus dan Jesus salah satu daripada tuhan sepertimana kepercayaan majoriti Kristian pada hari ini. Jesus di sisi mereka adalah seorang manusia yang mendapat keistimewaan daripada Tuhan. Mereka juga menggunakan teks di dalam Bible terutama dalam perjanjian baru:

“Inilah perintah utama, dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan yang Esa” (Markus 12: 29)

“Bagus Guru! Memang benar apa yang guru katakan. Tuhanlah Allah yang Esa, dan tiada yang lain” (Markus 12: 32)

“Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Jesus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal” (Yohanes 17: 3)

Ayat-ayat ini menjadi hujah kepada golongan Unitarian bahawa Tuhan itu adalah satu dan tidak disebut satupun ayat di dalam Bible mengenai ketuhanan Jesus.

Bagaimana Konflik Tercetus?

Sebelum berlakunya persidangan pertama Kristian pada tahun 325 M, terdapat konflik yang besar berlaku di dalam isu aqidah Kristian iaitu perbalahan antara kepercayaan kepada satu Tuhan dengan kepercayaan kepada triniti.

Antara tokoh yang paling terkenal dan lantang menentang konsep ketuhanan Jesus adalah Saint Arius (250 M – 336 M) dari Iskandariah, Mesir. Pada zaman beliau ini boleh dikira sebagai zaman kemuncak konflik aqidah mengenai triniti yang berlaku di kalangan ilmuan Kristian. Di mana terdapat penentang beliau bernama Saint Athanasius juga dari Iskandariah Mesir yang membawa aqidah triniti.

Pada ketika itu, kedua-dua tokoh ini memiliki pengaruh dan pengikut yang tersendiri. Dari aliran Saint Arius ini lahirlah Arianisme yang membawa konsep monotheisme dan menolak ketuhanan Jesus, manakala dari pihak Saint Athanasius lahirnya kelompok Athanasian Creed yang membawa konsep triniti. Pergaduhan mereka ini membawa kepada berlakunya persidangan Kristian yang pertama dianjurkan oleh raja Konstantin di Nicea (sekarang Iznik Turki) pada tahun 325 M. Ia dikenali sebagai Persidangan Nicea (Nicea Council).

Raja Konstantin menjemput tokoh-tokoh Kristian yang berpengaruh seperti Saint Athanasius, Eusebius, Eustathius, dan Socrates. Tetapi malangnya menurut Roger E. Olson di dalam buku The Story of Christian Theology mengatakan bahawa Arius tidak dibenarkan hadir untuk mempertahankan hujahnya walhal persidangan ini dilakukan disebabkan konflik beliau menolak ketuhanan Jesus. Akhir sekali, keputusan persidangan itu memihak kepada aqidah triniti dengan undian 318 peserta yang menyokong usul ketuhanan Jesus. Ia dikenali sebagai Nicene Creed.(1)

Setelah itu, aqidah Triniti ini menjadi kepercayaan dominan di dalam Kristian. Dikatakan Saint Arius dan pengikutnya dibuang negeri. Buku-buku yang mendokong ideanya dibakar, akan tetapi aqidah yang dibawanya tetap berkembang sehingga membawa kepada pembunuhan ke atas beliau.(2)

Sehingga pada hari ini masih lagi wujud golongan yang beriman kepada satu Tuhan di dalam Kristian. Mereka dikenali sebagai aliran Unitarianisme. Mereka juga sentiasa mengkritik konsep ketuhanan Jesus yang diimani oleh majoriti Kristian pada hari ini. Gerakan Unitarian pada hari ini sudah menerima sinkretisme daripada gerakan Kristian yang lain seperti aliran Universalist dan mereka bergabung menjadi kalta (cult) baru dikenali sebagai Unitarian Universalist.(3) Antara presiden mereka yang terkenal adalah John A. Buehrens yang sering dikecam oleh denominasi Katolik di atas isu konsep ketuhanan Jesus.

Selain itu, terdapat juga gerakan Kristian lain yang menolak konsep ketuhanan Jesus yang dikenali sebagai Jehovah Witnesses.(4) Aliran ini dituduh sebagai sesat.(5) Mereka terkenal dengan majalah The Watchtower dan melalui majalah ini mereka banyak mengkritik denominasi Katolik dan juga golongan aqidah Triniti. Mereka menggunakan teks Bible dan logik untuk menolak konsep triniti di dalam Kristian.(6)

Kesimpulan

Konflik ketuhanan Jesus di dalam agama Kristian sendiri wujud pertembungan yang besar. Dari zaman awal perkembangan Kristian sehinggalah sekarang. Oleh kerana kita mengetahui bahawa prinsip setiap agama memiliki kepercayaan kepada kitab suci, oleh itu penting untuk hal sedemikian ini dirujuk kembali di dalam kitab suci mereka. Mungkin di dalam Bible itu terdapat ayat-ayat yang menceritakan soal kepercayaan triniti atau konsep ketuhanan Jesus yang menyebabkan golongan Nicene Creed masih mempertahankannya. Atau sekiranya tidak ada, harus mengapa ia tidak boleh dibincangkan?


Laman Rujukan Autentik:

1. Aliran Necene Creed inilah yang menjadi aqidah kepada denominasi Katolik dan Protestan.
2. http://www.ccel.org/ccel/schaff/hcc3.iii.xii.iv.html
3. http://www.uua.org/beliefs/what-we-believe
4. https://www.catholic.com/tract/distinctive-beliefs-of-the-jehovahs-witnesses
5. https://www.jw.org/en/publications/magazines/wp20090401/is-jesus-god/
6. https://www.jw.org/en/bible-teachings/questions/trini

Pasukan R&D MRM

MRM R&D Team

MRM R&D Team

Next Post
Kristian-kah Jehovah Witnesses?

Kristian-kah Jehovah Witnesses?

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Fenomena Agama Baru Di Jepun

Fenomena Agama Baru Di Jepun

3 tahun ago
Tuhan Tidak Berimej

Tuhan Tidak Berimej

3 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    509 shares
    Share 246 Tweet 110
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    175 shares
    Share 70 Tweet 44
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1342 shares
    Share 573 Tweet 321

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz