• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Jumaat, April 23, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Soal Jawab Salah Faham

Dreamcatcher: Antara Kepercayaan & Trending

by MRM R&D Team
November 13, 2020
in Salah Faham
0
Dreamcatcher: Antara Kepercayaan & Trending
23
SHARES
115
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dreamcatcher merupakan sebuah ‘perhiasan’ yang sudah menjadi trending dikalangan masyarakat kita sekarang. Ia berbentuk sebuah lingkaran bulat dan disulami dengan benang-benang berwarna seperti sarang labah-labah dan digantung dekorasi disekelilingnya seperti bulu burung, manik-manik, dan bermacam lagi. Ia dijadikan sebagai perhiasan yang digantung di rumah dan di dalam kereta.

Untuk perbincangan mengenai dreamcatcher ini kami hanya mengulas dari sudut sejarah dan kepercayaan asalnya bagaimana ia bermula serta bagaimana ia digunakan.

Kepercayaan

Dreamcatcher ini berasal dari sebuah kepercayaan masyarakat Indian Amerika. Di dalam bahasa aslinya mereka menyebutnya sebagai “Bawaajige Nagwaagan”. Mereka percaya ia sebagai alat yang boleh menentukan masa depan. Yang mana mereka akan menggantungkan dreamcatcher ini di atas tempat tidur mereka dan juga di dalam bilik-bilik mereka.

Masyarakat Indian American percaya bahawa udara pada waktu malam akan berisi dengan mimpi yang baik dan juga yang buruk. Mimpi itu akan melayang-layang pada waktu malam. Mereka percaya dreamcatcher ini boleh menapis mimpi buruk lalu hanya meninggalkan mimpi yang baik untuk memasuki ke dalam mimpi manusia. Mimpi baik itu dengan mudahnya masuk melalui lubang di tengah Dreamcatcher dan turun melalui bulu bulu halus di Dreamcatcher tersebut dan masuk ke dalam orang yang tidur. Jika mimpi buruk, maka mimpi tersebut akan ditangkap dan disimpan di dalam jaring Dreamcatcher dan mereka percaya ia akan terbakar apabila matahari pagi datang menyinarinya.

Mitos
Terdapat dua versi mitos kewujudan Dreamcatcher ini iaitu versi suku Ojibwe dan Lakota. Kedua-dua suku ini merupakan Red Indian di Amerika. Ini kerana, kepercayaan dreamcatcher bermula dari kedua-dua suku ini. Akan tetapi mereka memiliki versi sedikit berbeza dan perbezaan kepercayaan terhadap dreamcatcher tersebut.

Versi Lakota

Dahulu kala diceritakan terdapat seorang pemimpin (tok batin) Lakota berada di sebuah gunung yang tinggi dan memiliki satu pengalaman bertemu dengan satu makhluk bernama Iktomi yang dikenali sebagai guru kebijaksanaan. Iktomi dikatakan muncul dalam bentuk labah-labah. Iktomi berbicara kepada tok batin itu dalam bahasa suci. Ketika ia berbicara, Iktomi mengambil lingkaran pokok willow (dedalu), bulu kuda, manik-manik dan diletakkan di atasnya dan mulai memutar jaring labah-labahnya kepada lingkaran itu. Dia berbicara kepada tok batin Lakota itu mengenai kitaran kehidupan, bagaimana manusia memulai hidup sebagai bayi , bergerak melalui masa kanak-kanak dan menjadi dewasa. Akhirnya manusia akan pergi ke usia tua di mana manusia itu kembali diurus seperti seorang bayi semula.

Iktomi sambil terus menenun jaringnya, disamping terus berbicara dengan tok batin itu dengan beberapa perkara kebaikan.

Setelah Iktomi selesai berbicara , ia memberi jaring itu kepada tok batin Lakota dan berkata, “Lihat, jaring ini ia adalah bulatan yang sempurna, tetapi terdapat lubang di tengah bulatan. Jika kamu percaya kepada semangat yang hebat, jaring ini akan menangkap impian dan mimpi yang baik , dan yang buruk akan melalui lubang di tengah-tengahnya. Gunakan jaring ini untuk membantu diri kamu dan orang-orang kamu untuk mencapai matlamat kamu dan orang-orang kamu.”

Tok batin Lakota terus memperkenalkan jaring (dreamcatcher) itu kepada orang-orangnya dan kini Lakota menggunakan penangkap impian sebagai jaring kehidupan mereka. Ia digantung di atas katil mereka, atau di rumah mereka untuk menyaring impian dan mimpi mereka. Baik impian mereka ditangkap di dalam dunia kehidupan dan dibawa bersama mereka, tetapi kejahatan dalam mimpi mereka akan lari melalui lubang tengah, dan tidak lagi menjadi sebahagian daripada mereka.

Versi Ojibwe

Mengikut versi Ojibwe mereka percaya bahawa pada asalnya manusia hidup bersama di satu pulau Penyu. Di pulau itu terdapat satu makhluk sejenis labah-labah memiliki badan wanita yang dikenali sebagai Asibkaashi. Mengikut lagenda Ojibwe, Asibkaashi ini dipercayai telah membantu menangkap matahari yang pernah hilang di dunia pada suatu ketika dahulu. Asibkaashi bertindak sebagai pelindung rohani untuk suku Ojibwe, terutama pelindung kepada anak-anak muda dan bayi mereka.

Apabila orang Ojibwe terus berkembang dan mula tersebar ke tempat lain, Asibkaashi mendapati sukar untuknya melindungi dan mengawasi semua anggota suku Ojibwe ketika mereka berpindah lebih jauh. Lalu dari situ Asibkaashi mula mencipta dreamcatcher yang pertama untuk tujuan melindungi anak-anak kecil. Hasil dari itulah mula berkembang pembuatan dreamcatcher untuk melindungi mimpi anak-anak suku mereka.

Cuma kepercayaan Ojibwe sedikit berbeza dengan Lakota. Orang Ojibwe percaya mimpi baik akan melalui di tengah-tengah lubang dreamcatcher dan akan turun kepada orang yang bermimpi. Manakala orang Lakota percaya mimpi buruk akan melalui lubang di tengah-tengah dan jaringan luar itu akan menangkap mimpi baik.

Kesimpulan

Dreamcatcher merupakan sebuah azimat yang dipalitkan kepercayaan masyarakat Indian Amerika. Pada awalnya ia tidak pernah dianggap sebagai perhiasan di dalam rumah atau kereta. Ia adalah suatu alat yang dianggap sakral yang boleh menentukan nasib dan impian suku mereka.

Akan tetapi akhir-akhir ini, dramcatcher sudah dikomersialkan untuk tujuan perhiasan. Perkara ini tidak disenangi oleh suku Lakota dan Ojibwe. Malah sudah banyak muncul versi dreamcatcher seperti Rabbit foot, Evil eye dan bermacam lagi digubah untuk tujuan komersial.

Kami melihat perkara ini ia bukanlah sebuah alat suci ritual keagamaan. Tetapi ia lebih kepada signifikan kepercayaan tahyul dan khurafat yang dibina oleh masyarakat Indian Amerika. Dan akhirnya ia tiba di kalangan masyarakat kita sebagai alat perhiasan.


Rujukan:

[1] Julie Black (1999). Dream Catchers: Myth and History, Firefly Books, Canada.
[2] Cassie Hague and Lyndsay Grant (2009). Dream Catcher, Futurelab.

R&D Team MRM

MRM R&D Team

MRM R&D Team

Next Post
Benarkah Wanita Dijadikan Daripada Tulang Rusuk?

Benarkah Wanita Dijadikan Daripada Tulang Rusuk?

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Kisah Nabi Nuh Di Dalam Tamadun Dunia

Kisah Nabi Nuh Di Dalam Tamadun Dunia

3 tahun ago
Tarian Pemujaan: Antara Afrika & Melayu

Tarian Pemujaan: Antara Afrika & Melayu

3 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    508 shares
    Share 246 Tweet 109
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    175 shares
    Share 70 Tweet 44
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1341 shares
    Share 572 Tweet 320

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz