• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Jumaat, April 23, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Agama Di Dunia

Bermulanya Pesta Perahu Naga & Kuih Bak Chang

by MRM R&D Team
November 24, 2020
in Agama Di Dunia
0
Bermulanya Pesta Perahu Naga & Kuih Bak Chang
63
SHARES
315
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Akhir bulan Mei ini terdapat satu pesta yang diraikan oleh masyarakat Cina termasuk di Malaysia yang dikenali sebagai pesta perahu naga. Pesta perahu naga biasanya dilakukan bersama dengan pesta membuat dan memakan kuih Bak Chang. Kuih Bak Chang terkenal di kalangan orang Cina. Kuih ini dibuat dari beras pulut berinti seperti kacang, kentang, daging, ayam dan lain-lain serta dibungkus dengan daun buluh.

Bagaimana Pesta Ini Bermula?

Dalam kajian kami, kami tidak menemui ulasan dari sarjana Cina apakah justifikasi kepada perayaan ini dengan melakukan perlumbaan perahu berbentuk naga dan memakan kuih Bak Chang. Ia hanya sekadar dilihat untuk memperingati sejarah dan simbolik bagi mengenang seorang menteri dan juga penyajak yang sangat berpatriotik terhadap negara China, iaitu Qu Yuan (屈原).(1)

Ini kerana tradisi menyambut Pesta Perahu Naga dan kuih Bak Chang adalah berkait rapat dengan kisah memperingati Qu Yuan semasa zaman Peperangan Antara Negeri (Warring States Period / 战国时代). Qu Yuan merupakan seorang penasihat diraja Negeri Chu, iaitu raja Qingxiang, tetapi baginda raja kerap termakan hasutan-hasutan menteri lain lalu kemudiannya menyebabkan baginda raja tidak lagi mempercayai Qu Yuan. Akhirnya, dalam kesedihan dan hilangnya harapan, beliau membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai Miluo (kini sebahagian daripada provinsi Hunan) pada 18 haribulan 5.(2)

Oleh disebabkan kematiannya itu diratapi oleh rakyat di sana, maka masyarakat di sana mula membuat perjamuan kepadanya dengan membaling nasi yang diisi dalam buluh ke dalam sungai Miluo. Diceritakan terdapat seorang tempatan yang bermimpi berjumpa dengan Qu Yuan yang muncul di tengah-tengah sungai Miluo dan berkata kepadanya bahawa nasi yang diberikan itu tidak sampai kepadanya, kerana ikan-ikan di sungai itu telah memakannya.(3) Maka Qu Yuan mengatakan untuk perjamuan seterusnya hendaklah nasi dan makanan itu dibungkus dengan diikat tali dan berbentuk tanduk agar ikan-ikan tidak menyentuhnya.(4)

Ulang tahun kematian Qu Yuan yang seterusnya, masyarakat di Negeri Chu mula menghasilkan nasi dan dicampur beberapa bahan lain lalu dibungkus dengan daun buluh agar berbentuk tanduk lalu dicampak ke dalam sungai Miluo. Demikian itu, bermulalah penghasilan kuih Bak Chang untuk perjamuan kepada Qu Yuan.

Setelah itu, individu tersebut sekali lagi bermimpi bertemu dengan Qu Yuan dan dia mengatakan telah menerima makanan Bak Chang itu, akan tetapi sebahagian besar dari Bak Chang itu juga turut dimakan oleh ikan dan makhluk air yang lain. Lalu Qu Yuan mengatakan bahawa terdapat raja naga yang menjaga makhluk di dalam air itu dan sekiranya terdapat barang persembahan (makanan) kepada naga tersebut, maka ikan-ikan dan makhluk lain tidak akan menyentuhnya. Tidak sempat mendengar pesanan selanjutnya dari Qu Yuan, individu yang bermimpi itu terus terjaga. Oleh itu hal ini merumitkan dia untuk berfikir apakah cara yang boleh dibuat untuk Bak Chang itu boleh diterima oleh Qu Yuan di samping pesanan beliau menceritakan bahawa persembahan untuk naga tidak akan diusik oleh ikan-ikan.(5)

Selang beberapa hari, dia mendapat idea untuk menyelamatkan Bak Chang itu dari terus dimakan oleh ikan-ikan, maka mereka mula membuat perahu berbentuk naga dan memalu gendang di atas perahu tersebut agar ikan-ikan terus melarikan dari dan tidak berani menyentuh persembahan itu. Demikian dari hal itu bermulalah pembinaan perahu naga dan mereka ramai-ramai mendayung ke tengah sungai dan mencampakkan Bak Chang ke dalam sungai sambil memalu gendang.(6) Sejak dari itulah individu itu tidak lagi bermimpi bertemu dengan Qu Yuan.

Begitulah diceritakan tradisi membuat Bak Chang dan perlumbaan perahu naga bermula dan ia diteruskan dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dari peristiwa mengenang seorang tokoh yang bernama Qu Yuan yang membunuh diri.(7)

Melihat kepada kisah sebegini, ia sebenarnya memberi galakan untuk masyarakat memuliakan tindakannya, ia seakan memaparkan ‘keindahan’ membunuh diri.

Dengan kata lain, tindakan ini sebenarnya adalah melarikan diri daripada berdepan dengan masalah daripada berusaha mencari jalan penyelesaian.

Dengan demikian, hal ini hanya memaparkan kelemahan Qu Yuan. Selain itu, menurut kajian oleh sarjana Sun Cizhou dari Sichuan pada tahun 1944, berdasarkan analisis sajak terkenal Qu Yuan yang bertajuk Li Sao (离骚 / “Meninggalkan Kesedihan”), hubungan Qu Yuan dengan Maharaja adalah sebagai kekasih. Maka dari itu wujud pendapat yang menyatakan samaada Qu Yuan membunuh diri kerana cinta kepada kekasih atau kepada negara.(8)

Oleh itu, perayaan ini dilihat hanya memperingati peristiwa bunuh diri Qu Yuan berbanding membedah atau menghargai jasa dan idea Qu Yuan kepada negara Cina. Sekiranya Qu Yuan itu memberi satu jasa yang besar kepada negara Cina sudah pasti jasa dan idea itu perlu diambil manafaat oleh generasi seterusnya berbanding hanya menyambut dengan semangat semata-mata dengan pesta perahu naga.

Kesimpulan

Setiap pesta dan perayaan pasti akan memiliki justifikasinya tersendiri. Adalah tidak wajar sekiranya sesebuah perayaan itu disambut hanya dengan semangat semata-mata. Ia perlulah ditelusuri dengan menilai sejarah, mengambil manafaat dari sesebuah peristiwa, dan juga menapis serta menilainya dengan kritis.

Walau bagaimanapun, ini merupakan amalan masyarakat Cina yang telah menghiasi warna warni kebudayaan masyarakat Malaysia yang menjadi salah satu tarikan pelancong.


Nota Kaki:

1. Lihat Gai Luoliang, (2009). Exploring Traditional Chinese Festivals in China, Mc Graw Hill, Singapura, hlm 51
2. Sebahagian versi mengatakan dia membunuh diri dengan mengikat sebuah batu besar bersamanya lalu menenggelamkan bersamanya.
3. Versi lain mengatakan masyarakat di negeri Chu membuang nasi dan makanan ke sungai adalah untuk mengelakkan dari ikan-ikan di sungai itu memakan mayat Qu Yuan yang terjun membunuh diri. Lihat – (2006). Hari-Hari Perayaann Masyarakat Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 119-200
4. Lihat – (2013). Gateway To Chinese Culture, Asiapac Books Pte Ltd, Singapore, hlm 79
5. Lihat Andrew Chittick, (2014). Dragon Boat History, hlm 2- www.dragonboathistory.com
6. Versi lain pula mengatakan seorang tabib tua menuangkan arak ‘realgar’ ke dalam sungai untuk memabukkan naga air agar tidak mencederakan Qu Yuan. Berikutan itu lahirlah pesta perlumbaan perahu naga. Lihat Abu Talib Ahmad, (2012). Utara Semenanjung Malaysia: Esei-Esei Warisan, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
7. Artikel Dragon Boat Lagends & Ritual- http://www.dragonboathistory.com/Legends.html
8. http://shanghaiist.com/2012/06/23/duanwu-festival-gay-valentines.php

Pasukan R&D MRM

MRM R&D Team

MRM R&D Team

Next Post
Apa Yang Menarik Tentang Kuih Bulan?

Apa Yang Menarik Tentang Kuih Bulan?

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

3 tahun ago
Manusia Di Dunia Ini Majoriti Beriman Dengan Nabi?

Manusia Di Dunia Ini Majoriti Beriman Dengan Nabi?

3 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    508 shares
    Share 246 Tweet 109
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    174 shares
    Share 70 Tweet 44
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1341 shares
    Share 572 Tweet 320

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz