• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Jumaat, April 23, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Tuduhan

Allah Adalah Dewa Bulan?

by MRM R&D Team
Oktober 15, 2020
in Tuduhan
0
Allah Adalah Dewa Bulan?
77
SHARES
383
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tuduhan yang mengatakan umat Islam menyembah Allah yang merupakan ‘dewa pagan’ dikenali sebagai ‘dewa bulan’ itu adalah dakwaan yang tidak bertanggungjawab.

Tuduhan mengatakan Allah adalah dewa bulan ini dicetuskan oleh seorang Pastor bernama Robert Morey di dalam bukunya The Islamic Invasion. Setelah itu, idea yang sama dikembangkan oleh seorang anthropologis yang bernama Carleton S. Coon.

Beliau mendatangkan hujjah bahawa Allah yang disembah oleh orang Islam itu merupakan dewa bulan bernama Hubal. Selain dari nama Hubal, ia juga disebut sebagai ‘Ilah’ yang disembah bersama dengan berhala al-Latta, Uzza, Manat, Manaf dan lain-lain. Perbahasan ini sudah dipanjangkan di dalam artikel sebelum ini: Sejarah Berhala Di Tanah Arab

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab Mekah dahulu telah mengubah ajaran nabi Ismail yang membawa Islam yang mentauhidkan Allah. Akan tetapi datang seorang bernama Amru Ibnu Luhaiy al Khuzai’e yang mula mensyirikkan Allah dengan membawa sebuah patung berhala setelah pulang dari pengembaraannya. Hasil daripada pengaruh berhala yang dibawa oleh Amru Ibn Luhay al Khuzai’e ke Mekah telah menyebabkan berkembangnya penyembahan dan pengukiran berhala di Mekah.

Setelah itu, diutuskan Nabi Muhammad SAW bagi memurnikan semula ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu dan baginda menentang segala fahaman yang membawa syirik kepada Allah. Baginda juga telah memusnahkan 360 buah patung berhala yang dipuja di Kaabah. Berhala-berhala yang disembah oleh orang Arab suatu ketika dahulu itu berfungsi sebagai perantaraan antara seseorang dengan Allah. Fahaman ‘perantaraan’ inilah yang dibanteras oleh Islam.

Berbalik kepada tuduhan Robert Morey, sekiranya benar agama Islam ini menyembah dewa bulan yang merupakan salah satu berhala yang berada di Kaabah, harus mengapa Nabi Muhammad memusnahkannya? Ini bukti jelas yang Islam tidak meletakkan nilai ‘penghormatan’ walau sekecil debu kepada dewa bulan.

Malah lagi parah jika dikaitkan umat Islam menyembah dewa bulan, sedangkan di dalam al-Quran, Allah jelas mengatakan yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahupun bulan, tapi sembahlah Allah Yang menciptakannya, Jika Dialah yang kamu hendak sembah.” (Surah Al-Fussilat: 37)

Di dalam ayat ini jelas bahawa Allah menyuruh menyembahNya sahaja! Dan bukan menyembah matahari dan bulan. Sekiranya dewa bulan itu dimuliakan, harus mengapa ayat ini menafikan ‘kemuliaannya’?

Akan tetapi Robert Morey cuba mencari hipotesis untuk mengaitkan agama Islam dengan dewa bulan dengan menunjukkan kesan pahatan dewa bulan yang disertakan dengan gambaran ukiran bulan sabit dan bintang. Di atas alasan itu, lalu dia mengaitkan simbol bulan bintang yang berada di kebanyakan bendera negara Islam dan di menara masjid umat Islam. Selain itu, beliau cuba menguatkan lagi teorinya dengan mengatakan umat Islam menggunakan kelander mengikut kiraan bulan sepertimana bulan sabit bagi mengetahui masuknya bulan Ramadhan dan juga Syawal.

Jika dilihat kepada keseluruhan hujah Robert Morey, beliau hanya berdiri di atas dua hipotesis ini sahaja untuk mengaitkan dewa bulan itu kepada Allah.

Pertama, Robert Morey menggunakan alasan umat Islam menggunakan simbol bulan dan bintang di bendera mereka adalah sebagai bukti umat Islam mendewa-dewakan dewa bulan. Hujah ini paling tidak logik sekali kerana jika dibilang jumlah bendera umat Islam yang tidak menggunakan simbol bulan bintang adalah lebih banyak. Seperti negara Arab Saudi, Afghanistan, Bahrain, Brunei, Mesir, Maghribi, Kuwait, Iraq, Palestin, Sudan, Syria, UAE, Yaman, Bangladesh, Indonesia, Qatar dan banyak lagi negara yang majoriti umat Islam yang tidak menggunakan simbol tersebut. Ini menunjukkan simbol itu bukan simbol keagamaan.

Malah terdapat banyak masjid yang dibina tidak menggunakan simbol bulan dan bintang dan tidak ada apa-apa kelebihan terhadap simbol itu.

Kedua, di dunia ini kita sedia maklum memiliki beberapa jenis kalender untuk mengira hari, bulan dan tahun. Antaranya adalah kalender bulan, solar dan juga lunisolar. Ini adalah sistem perkiraan yang sangat terkenal dari zaman berzaman. Malah, di dalam Islam, bermula pada zaman Umar al Khattab telah menetapkan kalender Hijjriyah sebagai Kalender umat Islam dengan memakai perkiraan bulan. Malah bukan setakat Islam sahaja, di dalam kalender masyarakat Cina dan Jawa, mereka juga memakai kalender bulan. Timbul persoalan, adakah wajar disebabkan perkara itu kita mengatakan mereka menyembah dewa bulan? Sudah tentu tidak kerana ia hanyalah sekadar perkiraan hari, bulan dan tahun sahaja.

Dan sekiranya terdapat masyarakat yang menggunakan kelendar matahari seperti Iran, Baha’I, Koptik dan lain-lain, adakah boleh untuk kita membuat hipotesis bahawa mereka menyembah dewa matahari? Sudah tentu tidak.

Sekiranya dengan hal sebegitu boleh dihipotesis semudah itu, harus mengapa tidak mengatakan golongan astronomis dan saintis itu penyembah dewa-dewi Rom? Ini kerana mereka menamakan planet dengan nama-nama dewa seperti Mars, Jupiter, Pluto, Neptune, dan Mercury. Adakah mereka juga Paganisme?

Ini menunjukkan kedua-dua hipotesis yang dikemukan oleh Robert Morey ini terbukti gagal dan tidak mendasar. Jika benar ingin membawa hujah berkaitan dengan kepercayaan dan aqidah sesebuah agama, maka hendaklah datangkan teks di dalam kitab sucinya yang menganjurkan perkara itu. Bukan sekadar mencari-cari info di dalam bahagian lain lalu cuba menampalkan di wajah sesebuah agama.

Seorang teologi di dalam Kristian bernama James White sendiri mengatakan dakwaan yang dikemukakan oleh Pastor Robert Morey itu tidak berasas: Lihat sini

Adapun sebahagian orientalis lain seperti Carleton S. Coon mendakwa nama kepada Allah itu berasal daripada kata nama “Illah” yang disandarkan kepada patung Hubal yang disembah oleh orang Arab. Akan tetapi dari segi bahasa nama ini jelas berbeza. Malah di dalam bahasa Arab perkataan Ilah boleh bermaksud sembahan dan tuhan-tuhan selain daripada Allah. Malah di dalam al Quran, Allah menggunakan orang yang mempertuhankan hawa nafsu juga digunapakai perkataan Ilah:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya” (Surah al Jathiyah: 23)

‘Ilah’ boleh bermaksud bermacam bagi sesuatu yang disembah. Manakala “Allah” adalah nama eksklusif yang mengisyaratkan kepada Tuhan Yang Maha Segala-galanya. Malah sebelum kelahiran Nabi Muhammad di Kota Mekah, orang Arab sudah menggunakan perkataan Allah bagi mengisyaratkan Tuhan Yang Maha Tinggi. Malah, Allah tidak pernah digambarkan dan dipatungkan, berbeza dengan dewa atau ‘Ilah’ di Mekah yang mana ia diukir dan diberhalakan.

Islam Bukan Agama Simbol

Jika dilihat Kristian memiliki simbol salib, Yahudi memiliki simbol bintang Daud, Hindu memiliki simbol OM, Buddha memiliki simbol Cakra lapan sila manakala Islam pula sering kali disimbolkan bulan dan bintang.

Pokok asalnya dalam Islam tidak memiliki simbol-simbol bagi melambangkan agamanya. Bermula pada zaman nabi, sahabat dan generasi seterusnya tidak pernah mengeksklusifkan mana-mana simbol sebagai lambang agama. Manakala bulan dan bintang pula adalah simbol yang diperkenalkan oleh pemerintahan khilafah Islam Turki Uthamaniyah. Bendera Khilafah Turki dahulu memperkenalkan simbol bulan bintang sebagai identiti kerajaan Khilafah Islam dan setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah, maka negara-negara Islam lain masih mengekalkan simbol ini di bendera mereka. Umat Islam tidak ada masalah jika dibuang simbol bulan dan bintang kerana ia adalah simbol kerajaan yang menyatukan umat Islam pada suatu ketika dahulu dan bukan simbol agama. Simbol itu dibuat di atas beberapa falsafah yang berkaitan dengan kemuliaan mengikut tanda aras anak bulan ketika bulan ramadhan dan syawal.

Kesimpulan

Islam menolak segala unsur yang menduakan Allah. Tuduhan yang mengatakan Allah yang merupakan Tuhan kita semua itu sebagai dewa bulan adalah tidak benar. Samada dari sudut sejarah dan juga etimologi kalimah jelas membuktikan ia berbeza. Dakwaan yang dilemparkan oleh Robert Morey itu jelas merupakan dakwaan yang tidak berasas. Sekiranya dia ingin membincangkan soal aqidah dan keimanan, maka datangkanlah bukti di dalam bentuk pendalilan khususnya teks di dalam al-Quran dan Hadis. Contoh, datangkan bukti ayat al-Quran mengatakan “sembahlah dewa bulan” bagi membenarkan tuduhan itu. Akan tetapi al-Quran dan Hadis tidak menyebut mengenainya. Tuduhan yang dilemparkan oleh golongan orientalis hanyalah hipotesis yang lemah semata-mata.

Wallahua’lam.


Rujukan:

1. Carleton S. Coon, (1944). jurnal Southern Arabia, A Problem For The Future, Smithsonian Institution, Itali.
2. Dr. Robert A. Morey, (2011). The Islamic Invasion, Xulon Press, USA.
3. Sami Abdullah al Maghlouth, (2011). Atlas Agama-Agama, Penerbit Alhamira, Jakarta, Indonesia.
4. Ahmad Iqram Mohamad Noor, (2017). Yahudi Kristian Hindu Buddha Berasal Daripada Islam?, PTS, Selangor, Malaysia.
5. Dr. Ahmad Syalabi, (2010). Ensiklopedia Sejarah Islam, Jasmin, Selangor, Malaysia.
6. Prof. Dr. HAMKA, (2006). Sejarah Umat Islam, Pustaka Nasional, Singapura.
7. Imam Asy Syaukani, (2011). Tafsir Fathul Qadir, Pustaka Azzam, Jakarta, Indonesia, Jilid 9.
8. Syeikh Muhammad al Ghazali, (2010). Fiqh Sirah, Pustaka Salam, Kuala Lumpur, Malaysia, Jilid 1.
9. Muhammad Sa’id Ramadan al Buti, (2008). Fiqh al Sirah, Dewan Pustaka Fajar, Selangor, Malaysia.

Pasukan R&D MRM

MRM R&D Team

MRM R&D Team

Next Post
Siri Menjawab Kristian #3: “Nabi Muhammad Selalu Beristighfar 100 Kali Sehari, Itu Menunjukkan Dia Tidak Maksum!”

Siri Menjawab Kristian #3: "Nabi Muhammad Selalu Beristighfar 100 Kali Sehari, Itu Menunjukkan Dia Tidak Maksum!"

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Tuhan Tidak Berimej

Tuhan Tidak Berimej

3 tahun ago
Belief in Muhammad ﷺ as a Prophet and Messenger

Belief in Muhammad ﷺ as a Prophet and Messenger

3 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    509 shares
    Share 246 Tweet 110
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    175 shares
    Share 70 Tweet 44
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    60 shares
    Share 24 Tweet 15
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1342 shares
    Share 573 Tweet 321

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz