• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Selasa, Januari 19, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Soal Jawab Salah Faham

Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

by MRM R&D Team
November 12, 2020
in Salah Faham
0
Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung
1.3k
SHARES
6k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Di dalam artikel sebelum ini sudah dibincangkan mengenai mengapa manusia ini secara fitrahnya mahu menutup aurat atau kemaluannya. Ini kerana fitrah manusia memahami tuntutan perasaan malu itu yang sedia tertanam di dalam diri mereka. Tambahan pula bagi wanita juga memahami auratnya tidak sama dengan lelaki. Rujuk sini.

Arahan supaya wanita berpakaian dengan pakaian labuh dan memakai tudung ini bukanlah dimulakan di dalam al Quran. Ia sudah sedia diamalkan oleh masyarakat terdahulu di atas maslahah menjaga kehormatan diri.

Malah Allah juga telah mengaturkan cara wanita perlu menutup aurat. Aturan yang Allah turunkan ini bukan bermula dari al Quran sahaja malah kitab-kitab rasul terdahulu juga telah disertakan hukum memakai khimar (tudung) dan melabuhkan pakaian khusus bagi wanita.

Di dalam al Quran, jelas Allah menyebut tentang kewajipan untuk wanita menutup aurat dengan sempurna dari seluruh tubuh badannya kecuali pada ayat “مَا ظَهَرَ مِنْهَا” iaitu bahagian yang diperselisihkan untuk ditutup. Ia disebut di dalam surah an Nur:

“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka dan …” (Surah An-Nur: 31)

Satu ayat ini sudah jelas menceritakan mengenai kewajipan wanita mengenakan ‘khimar’ kain tudung di kepalanya dan melabuhi ke dadanya.

Ulama fiqh berbeza pendapat di dalam garis pada bahagian manakah yang dimaksudkan pada ayat “Maa zoharo minha” itu dengan bersandarkan kepada hadis antaranya, dari Aisyah:

“Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita, apabila telah baligh (mengalami haid), tidak layak tampak dari tubuhnya kecuali ini dan ini (dengan menunjuk muka dan telapak tangannya).” (HR Abu Dawud 2/226).[1]

Majoriti ulama berpendapat bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan. Abu Hanifah mengatakan tapak kaki wanita bukan aurat.[2] Manakala Imam Nawawi mengatakan seluruh tubuh adalah aurat kecuali wajah dan pergelangan tangan.[3]

Dalam isu pemakaian khimar (tudung) ini tidak ada khilaf di dalamnya. Ia adalah kewajipan bagi muslimat untuk menutup seluruh badannya kecuali khilaf pada tangan, tapak kaki dan wajahnya sahaja. Manakala ayat seterusnya juga menguatkan lagi kewajipan wanita untuk mengenakan pakaian sopan iaitu dengan mengenakan jilbab iaitu pakaian luar yang labuh menutupi pakaian dalam. Pakaian ini juga diimejkan sebagai pakaian wanita merdeka, firman Allah yang bermaksud:

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak di ganggu.” (Surah al Ahzab: 59)

Pemakaian jilbab dan tudung ini adalah pemakaian yang mengangkat martabat wanita. Malah sebelum diturunkan al Quran, para rasul terdahulu telah membawa syariat ini. Seperti dibincangkan dalam penulisan sebelum ini bahawa semua rasul adalah muslim dan membawa ajaran Islam. Malah ajaran dan syariat itu masih tersisa di dalam kitab-kitab terdahulu dan digubal seperti di dalam ajaran Yahudi dan Kristian.

Agama Yahudi

Di dalam tradisi agama ini, wanita mereka memakai tudung. Dalam Perjanjian Lama menyebut:

“Katanya kepada hamba itu: “Siapakah lelaki itu yang berjalan di padang ke arah kita?” jawab hamba itu: Dialah tuanku itu,” Lalu Ribka mengambil telekungnya dan bertelekunglah ia.” (Kejadian 24: 65)

Selain itu terdapat senarai pelanggaran hukum yang berkait dengan wanita di dalam kitab Talmud dan salah satu adalah perbuatan tidak memakai tudung:

“The following women are divorced, and do not receive [the amount of] their ketubah: One who violates Mosaic Law or Jewish custom. What constitutes [a violation of] Mosaic Law? If she feeds him untithed [food]; if she engages in intercourse with him while she was a niddah [a female who has menstrual discharges which render her impure]; if she does not set apart challah[a portion of a batch of bread dough given to a kohen which becomes holy upon separation, and can only be consumed by kohanim or their household]; and if she makes vows, but does not fulfill [them]. What constitutes [a violation of] Jewish custom? [If] she goes out [in public] with her hair uncovered; [if] she spins [thread] in the market, and converses [flirtatiously] with any man. Abba Saul says, “Also one who curses his children in his presence.” Rabbi Tarfon says, “[Also] a noisy woman.” What constitutes a noisy woman? One who speaks in her own house [so loudly] that her neighbors can hear her voice.” (Mishnah Ketubot 7: 6)

“The Daughters of Israel shall not walk with their heads uncovered in a marketplace, whether she is available (for marriage) or whether she is married.” (Hilkhoth Isurei Bi’ah 21:17)

Malah di dalam kitab Talmud terdapat banyak lagi bahagian yang membincangkan tentang memakai tudung antaranya adalah dalam Berakhot 24a, dan Hilkhoth Avoda Zarah 12:11.

Agama Kristian

Di dalam agama Kristian juga mengambil tradisi di dalam Yahudi. Malah di dalam Tanakh (Taurat) sudah menggambarkan situasi masyarakat terdahulu sudah memakai telekung. Disebut di dalam buku Kejadian:

“Katanya kepada hamba itu: “Siapakah lelaki itu yang berjalan di padang ke arah kita?” jawab hamba itu: Dialah tuanku itu,” Lalu Ribka mengambil telekungnya dan bertelekunglah ia” (Kejadian 24: 65)

Manakala di dalam bahagian Perjanjian Baru pula terdapat beberapa ayat yang menyuruh perempuan supaya memakai tudung. Di dalam Bible, 1 Korintus, Bab 11:

“Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.’’(1Korintus 11:5)

“Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya.Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.’’ (1Korintus 11:6)

“Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh kerana para malaikat.’’ (1 Korintus 11:10)

“Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?’’ (1 Korintus 11:13)

Agama Hindu

Di dalam agama Hindu juga menganjurkan pemakaian tudung bagi perempuan. Disebut di dalam Veda (bahasa Sanskrit):

“patiryadvadhvo vāsasā svaman ghamabhidhitsate, ye vadhvaścandram vahatum yaksmā yanti janādanu.” (Rigveda 10: 85: 30)

Bermaksud: “Unlovely is his body when it glistens with this wicked fiend, What time the husband wraps about his limbs the garment of his wife.”

“Adha Pashyaswa, Mopari Santaram Padakau Har, Ma Te Kashaplakaun Drushan Shtrihi Brahma Babhuvith” (Rigveda 8: 33: 19)

Sebahagian terjemahan menyebut:

“Hey woman, you always keep a low vision. Never have an eye contact with men. Walk seriously and cover all the organs of your body. Your status in the family is an important as that of Lord Brahma in the Yadnya”

Manakala terjemahan Ralph T.H.Griffith menyebut:

“Cast down thine eyes and look not up. More closely set thy feet. Let none see what thy garment veils, for thou, a Brahman, hast become a dame.”

Sememangnya tradisi dan agama di dalam masyarakat India mereka memakai tudung. Tudung di dalam masyarakat mereka dikenali sebagai Ghoonghat, Chunni atau Dupatta. Ia biasa dipakai oleh masyarakat wanita India. Tidak kira agama Hindu, Jain atau Sikh akan memakainya.

Agama Sikh

Di dalam agama Sikh, diwajibkan penganut mereka agar memakai serban. Manakala bagi pihak wanita pula mereka boleh memilih di antara serban ataupun memakai kain selendang (Ghoonghat) menutup kepala. Di dalam kitab suci utama mereka, Guru Granth Sahib Ji mengatakan:

“Naapaak Paak Kar Hadhoor Hadheesaa Saabath Soorath Dhasathaar Siraa ||12||”

“Purify what is impure, and let the Lord’s Presence be your religious tradition. Let your total awareness be the turban on your head.” (Guru Granth Sahib: Ang 1084: 12)

Ayat ini terpakai untuk lelaki dan wanita.

Malah dilihat selain daripada agama-agama ini, agama lain juga memiliki anjuran supaya wanita mereka memakai penutup kepala. Di dalam agama Zoroaster mereka juga mewajibkan wanita mereka memakai hijab ketika memasuki rumah ibadat (Ateshgah). Begitu juga dengan agama Sabean Mandaeisme, Druze, Samaritan, Yazdanisme juga mewajibkan wanita mereka untuk mengenakan tudung di kepala.

Kesimpulan

Wanita dan hijab adalah elemen kesopanan yang tidak dapat dipisahkan dari sudut kaca mata manusia dan juga agama. Pemakaian tudung juga adalah tuntutan dari Allah sejak dari dahulu lagi. Hikmah tentang pemakaiannya sungguh besar dan luas jika ingin dibincangkan. Ia menjaga kehormatan wanita dan juga dapat menjaga dari pandangan mata orang lelaki.

Adapun orang mempersoalkan bahawa kewajipan ini menindas wanita dan sebagainya. Sebenarnya terdapat kejanggalan dalam cara sebahagian kita berfikir. Mengapa kita tidak mempersoalkan jika semua pejabat menggariskan kod etika pemakaian seperti kena memakai kasut, memakai baju kemeja kosong, baju batik atau kita juga dapat melihat anggota polis dikodkan dengan pakaian beruniform, tidak pula kita mempersoalkan perbuatan itu sebagai menindas mereka. Sedangkan itu hanya arahan manusia dan etika yang digubal oleh manusia sahaja.

Itupun kita tidak persoalkan dan kenapa apabila berhadapan dengan arahan Allah, Tuhan yang memberi kita nyawa, makanan, rezeki, dan segala-galanya, tiba-tiba kita banyak berdalih. Tepuk dada tanya iman.

Bersambung ke artikel Menjawab Tuduhan ‘Kebebasan Bertudung’


Nota kaki:

[1] Hadis ini mursal (daif) di sisi Abu Daud, manakala al Albani mengatakan Hasan dalam غاية المرام no 187
[2] Lihat Ibnu Rusyd, (2006). Bidayatul Mujtahid, Takhrij Ahmad Abu al Majd, Pustaka Azzam, Jakarta, Jilid 1, hlm 237
[3] Lihat Abu Zakaria Muhyiddin Yahya al-Nawawy, (2000). Al- Majmu’ ala Sarh Muhaddab, Dar al-Fikr, Beirut, jilid 3, hlm 167-168.

Team R&D MRM

MRM R&D Team

MRM R&D Team

Next Post
Mengapa Allah Hanya Memelihara al Quran dan tidak Taurat dan Injil?

Mengapa Allah Hanya Memelihara al Quran dan tidak Taurat dan Injil?

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

3 bulan ago
Kristian-kah Jehovah Witnesses?

Kristian-kah Jehovah Witnesses?

3 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    420 shares
    Share 211 Tweet 87
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    146 shares
    Share 58 Tweet 37
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    47 shares
    Share 19 Tweet 12
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    289 shares
    Share 116 Tweet 72
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1264 shares
    Share 542 Tweet 301

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz