• Agama Di Dunia
  • Salah Faham
  • Soal Jawab
  • Tuduhan
  • Fitrah Manusia
No Result
View All Result

You deserve to know the truth
Jumaat, April 23, 2021
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文
No Result
View All Result
askislam
No Result
View All Result
Home Fitrah Manusia

Kebenaran Diukur Dengan Keajaiban?

by MRM R&D Team
Oktober 23, 2020
in Fitrah Manusia
0
Kebenaran Diukur Dengan Keajaiban?
33
SHARES
163
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Di dalam artikel sebelum ini bertajuk “Tanda Keistimewaan” membincangkan mengenai fitrah manusia yang mahukan kepada tanda keajaiban apabila melibatkan soal kuasa Tuhan. Fitrah dan perasaan ini juga membantu manusia untuk beriman dan juga boleh menjadi ujian kepada manusia kepada kesesatan. Persoalan kenapa manusia ingin perkara ini ada diulas dalam artikel lepas.

Dewasa ini, sikap yang menginginkan sesuatu yang melibatkan perkara ajaib dan mistik yang mahu disandarkan kepada agama dilihat membarah. Ini kerana dengan cara sebegitu ia seakan menampakkan ‘fungsi’ dan ‘kebenaran’ sesebuah agama. Perkara mistik dan keajaiban telah menjual diri manusia dengan harga yang murah dalam menentu kebenaran. Sebab dengan perkara itulah mereka beranggapan ia dapat menarik perhatian manusia kini yang tidak mahu berfikir apabila beragama.

Fenomena menginginkan keajaiban dan perkara mistik disandarkan kepada agama ini seakan tidak dapat dihakis di dalam diri manusia. Agama itu dimahukan dengan wajah yang mistik dan memiliki keajaiban barulah ia dianggap adanya kuasa Tuhan bagi mewakili mereka. Sehinggalah pada hari ini ramai penganut agama-agama mula berlumba-lumba untuk menonjolkan kebenaran agama mereka dengan mengetengahkan peristiwa ajaib yang berlaku.

Penganut Kristian, Hindu, Buddha, Shinto, dan tidak terlepas juga muslim turut mempromosikan gaya beragama dengan perkara mistik. Sekiranya umat Islam berasa ‘hebat’ dengan masjid tidak runtuh ketika Tsunami, maka penganut Shinto dan Kristian juga merasa tidak kurang hebatnya dengan patung dan pintu gerbang mereka tidak runtuh ketika berlaku bencana. Ketika umat Islam merasa takjub dan beriman benarnya agama Islam dengan terwujudnya kalimah Allah dan kalimah Muhammad di langit, maka penganut Kristian, Hindu, Buddha juga tidak terlepas dengan beriman dengan simbol agamanya di awan. Ketika umat Islam merasa kagum dengan kitab al Quran tidak terbakar di dalam kejadian kebakaran, umat Kristian juga merasa perkara yang sama apabila Bible tidak terbakar malah terbakar dalam bentuk ‘Love’ seperti mana slogan gereja mereka.

Kebelakangan ini, umat Islam juga sering kali menyandarkan ‘penguat keimanan’ mereka kepada perkara ajaib. Sehingga berlaku di Filipina apabila patung Jesus tidak runtuh dilanda taufan Hayyan menyebabkan aqidah umat Islam di sana seakan goyah dan mahu mempercayai bahawa Kristian adalah agama yang benar. Ini suatu fenomena yang tidak sihat dalam beragama!

Apakah sebenarnya yang manusia mahukan dengan agama? Kebenaran bertuhan atau keajaiban?

Islam tidak menafikan perkara ajaib dan mistik itu berlaku malah di dalam Islam terdapat kepercayaan kepada berlakunya sesuatu perkara yang luar dari tabiat manusia yang dikenali sebagai mukjizat para nabi dan rasul. Mukjizat terbahagi kepada dua, Hissi dan maknawi. Mukjizat Hissi adalah mukjizat yang dapat dilihat secara mata kasar sesuatu perkara ajaib yang berlaku kepada nabi Ibrahim tidak terbakar, nabi Musa membelah laut, nabi Muhammad mengeluarkan air dari jari. Ini kerana mukjizat hissi merupakan salah satu kriteria untuk membuktikan seseorang rasul itu benar-benar merupakan utusan Allah. Mukjizat ini bersifat sementara dengan keadaan yang tertentu. Tetapi perkara itu telah membuktikan di dalam sejarah keimanan kepada perkara ‘ajaib’ itu tidak kukuh di dalam diri manusia. Mereka (pengikut nabi terdahulu) seakan mahukan perkara ajaib yang lain sehingga meminta dengan nabi-nabi mereka supaya Tuhan berbuat itu dan ini tanpa ada usaha dalam diri mereka.

Sekali lagi dapat dilihat pada hari ini, perangai yang mahukan ‘kebenaran agama’ dalam bentuk mistik dan ajaib adalah perangai yang sama telah berlaku kepada bani Israel yang berjanji untuk beriman sekiranya nabi dan rasul mereka boleh meminta dari Tuhannya supaya menurunkan makanan dari langit dan pelbagai permintaan yang lain. Walaupun telah dibuktikan demikian, ramai di kalangan mereka tetap sahaja tidak mahu beriman. Ini kerana, mukjizat hissi atau perbuatan luar tabiat itu belum lagi dapat memenuhi kehendak dan kepuasan manusia dalam beragama. Sebab itu Islam menjelaskan selain terdapat mukjizat hissi, terdapat juga mukjizat maknawi yang berupa kitab yang membimbing manusia. Ini kerana, kombinasi antara kitab suci dan mukjizat hissi adalah salah satu petanda seseorang itu merupakan utusan Tuhan di samping itu boleh mengikat iman pengikutnya dengan kebenaran.

Ujian Terhadap Fitrah

Fitrah inginkan keajaiban ini boleh menjadi penguat keimanan dan juga peruntuh kepada iman. Sebab itu Islam memiliki disiplin memandu fitrah mahukan tanda keajaiban ini melalui disiplin karamah dan mukjizat hissi mengikut garis panduan al Quran dan Sunnah.

Di samping itu, perlu diketahui bahawa iblis dan Dajjal juga memiliki keistimewaan dapat melakukan perkara ajaib ini. Seseorang yang mengamalkan sihir tidak kira samada dari kalangan paderi, sami, Brahmin, golongan sufi sesat, juga boleh membuat perkara-perkara pelik dan ajaib melalui bantuan syaitan. Malah Dajjal di akhir zaman juga boleh melakukan perkara yang sama. Sekiranya manusia masih meletakkan aras keimanan mereka kepada perkara mistik sebegini dan mengetepikan nilai intelektual maka tidak hairan sekiranya dia akan terpengaruh dengan golongan ini.

Kitab Terakhir dan Nilai Intelektual

Nabi Muhammad sebagai insan yang termulia mengajarkan sifat tabiat sebagai seorang manusia. Di samping Allah memberi kepadanya mukjizat Hissi sebagai tanda kerasulannya, Allah juga memberikan kepadanya mukjizat maknawi yang mana merupakan mukjizat yang paling besar yang akan berkekalan sehingga kiamat iaitu al Quran. Kitab suci yang dimulakan dengan wahyu ‘iqra’ (bacalah). Islam sangat menggalakkan nilai intelektual dan kemajuan sebagai seorang insan melalui kalam Tuhan iaitu kitab al Quran. Dapat dilihat, keimanan para sahabat, tabien dan generasi seterusnya kukuh dan teguh dengan syariat ini apabila mereka menerima kitab ini. Mereka tidak memerlukan perkara-perkara mistik luar dari disiplin yang disyariatkan oleh agama untuk menjadi pengikat keimanan mereka.

Syariat akhir zaman ini, perkara yang menjadi penentu kepada kebenaran agama adalah kitab Suci. Kitab suci merupakan asas kepada kebenaran. Semua agama di dunia ini mendakwa memiliki kalam dari Tuhan akan tetapi persoalannya benarkah semuanya itu kalam Tuhan yang sebenar atau ia adalah kalam yang telah diselewengkan? Apakah metode untuk menguji kebenaran kitab suci?

Di sinilah memerlukan daya intelektual sebagai seorang manusia. Fitrah manusia inginkan kebergantungan kepada sesuatu yang kukuh. Tidak mungkin diri mereka yang lemas ingin berpaut pada dahan yang rapuh. Maka, pentingnya dialog dan menyampaikan kebenaran. Kebenaran itu teruji dengan daya pemikiran dan intelektual manusia. Agama itu haruslah bersifat untuk mencerdikkan manusia, sekiranya tidak ia bercanggah dengan fitrah manusia. Oleh kerana umat Islam yakin dengan kebenaran agama melalui kalam Tuhan dan ajaran nabinya, maka umat Islam adalah penganut yang terkehadapan di dalam pentas ‘menyampaikan’ kebenaran melalui metode ilmiah. Sebab itulah tidak hairan apabila Islam dapat melahirkan ramai pemikir dan saintis terawal kerana mereka meraikan tuntutan ini. Kreatif dan inovatif mereka disalurkan kepada perkara-perkara bersifat duniawi dan mereka tidak menyalurkan kepada aqidah dan ibadah.

Akan tetapi sekiranya sifat kreatif dan inovatif itu disalurkan kepada aqidah dan ibadah ia akan merosakkan cara beragama. Ia dikenali bid’ah dalam beragama dan perkara ini ditentang oleh Islam. Sekiranya penambahan dan sifat kreatif itu disalur kepada aqidah ia akan menambah sesuatu perkara yang tidak masuk akal samada khayalan dan dakwaan mistik di dalam ajaran mereka. Perkara inilah antara penyumbang kepada sikap mahukan keajaiban di dalam kelompok muslim. Oleh itu, di era ini ia merupakan era intelektual beragama. Semoga semangat al Quran yang menyeru kepada kebenaran mekar di dalam diri muslim:

“Tunjukkan bukti (hujah) kalian sekiranya kalian daripada golongan yang benar.” (Surah al-Baqarah: 111)

“Hai ahli Kitab, Marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara Kami dan kamu, bahawa tidak disembah sembah Tuhan kecuali Allah dan tidak persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah”. jika mereka berpaling Maka Katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa Kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. (Surah Ali-Imran: 64)

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan Katakanlah: “Kami Telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami Hanya kepada-Nya berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46)

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Surah an-Nahl: 125)

Pasukan R&D MRM

MRM R&D Team

MRM R&D Team

Next Post
“Kebebasan Beragama” Membenarkan Judi?

“Kebebasan Beragama” Membenarkan Judi?

Discussion about this post

Connect with us

Recommended

Siri Menjawab Kristian #1 : Jesus Ialah Tuhan Kerana Namanya Disebut Lebih Banyak Kali Berbanding Nabi Muhammad Dalam Al-Quran?

Siri Menjawab Kristian #1 : Jesus Ialah Tuhan Kerana Namanya Disebut Lebih Banyak Kali Berbanding Nabi Muhammad Dalam Al-Quran?

3 tahun ago
Voodoo: Amalan Sihir Atau Agama Yang Dicabuli?

Voodoo: Amalan Sihir Atau Agama Yang Dicabuli?

3 tahun ago

Popular News

  • Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    Perayaan Hantu Lapar: Kisah Ibu dari Neraka

    508 shares
    Share 246 Tweet 109
  • Sejarah Berhala Di Tanah Arab

    175 shares
    Share 70 Tweet 44
  • Adakah Tuhan Berjisim?

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • Menjawab Hujah Golongan Anti Hijab!

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung

    1341 shares
    Share 572 Tweet 320

About MRM

Multiracial Reverted Muslims (MRM) is a registered non-profit da’wah organization, founded by Brother Firdaus Wong Wai Hung since 5th February 2014. Here in MRM, we provide a platform for da’wah (meaning “invitation” in Arabic) to the not-yet-Muslims in and out of Malaysia as well as to enable reverts to interact, share ideas, and to find support either on social media or at our centre.

Get In Touch

AskIslam

Wisma MRM, No 14, Jalan 3/27F,
Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
Malaysia

Phone & Fax

Phone: +60341443300
Fax: +60341443300

Latest Posts

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was  A False Apostle.

A Matter of Salvation: Proof That Paul Was A False Apostle.

Disember 2, 2020
Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

Krisis Perancis: Tindakan kita & muhasabah sirah Nabi.

November 10, 2020
  • About Us
  • Contact Us

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz

No Result
View All Result
  • Utama
  • Islam 101
  • Artikel
    • Isu Semasa
    • Fitrah Manusia
    • Agama Di Dunia
      • Sejarah
    • Siri Menjawab Kristian
    • Salah Faham
    • Tuduhan
  • Acara
  • Galeri
  • Tentang Kami
    • About Us
    • Press Release
  • Sertai Kami
  • Bantu Kami
    • Beli
    • Barangan Percuma
    • Sumbangan
    • Wakaf
  • Ask TV
  • Tanya
  • msMelayu
    • zh-hans简体中文

© askislam - All Rights Reserved.
Want your site to look as cool as this? Call Hafiz